IBU masih lagi tak boleh nak ‘move on’,” demikian kata penyanyi, Siti Sairah Taruddin kepada anak sulungnya, Ummi Umairah atau Umai.

Adik kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkata, pelawaan pengarah muzik, Datuk Ramli MS kepada Umai untuk berduet dengan penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan seolah-olah mimpi.

Baca juga:‘Jangan cepat putus asa, wanita kena berani’. Ini nasihat Siti Norol Salwani yang viral menunggang motosikal 300km demi sesuap nasi

“ALLAH sebaik-baik perancang. Alhmdulillah kitty @ctdk mohon kebenaran ya.

“@azlinabdlatif terima kasih dengan tidak dirancang, konsert kali ini sedikit memberi kesan positif buat @umairah_sairahtarudin,” katanya menerusi Instagram.

Tambah Siti Sairah, tindakan spontan Ramli memanggil anaknya di konsert A Decade Cakra Khan Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC, pada Ahad, memang tidak dijangkakan.

Baca juga:‘Selamat ulang tahun kelahiran sayang.’ Siti Nurhaliza titip ucapan istimewa buat Datuk K

“Terkejut juga bila Tok Ram (panggilan Ramli) sebut nama Umai untuk menyanyi duet dengan Cakra.

“Umai datang sebagai penonton dan peminat abang Cakra. Semua ini secara spontan.

Dalam pada itu, beliau turut terharu dengan pencapaian anaknya dan memohon maaf jika persembahan Umai kurang memuaskan.

Baca juga: Siti Nordiana selesa hidup solo, fokus anak & kerjaya. ‘Layan macam kawan, Rayyan selalu tenangkan saya.’

“Maaf jika ada kekurangan dari Umai apabila berduet. Tahniah buat konsert Cakra Khan di Malaysia,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan kemunculan barisan artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Rossa dan Judika.

Siti Sairah memiliki tiga cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu iaitu Ummi Umaira, Ahmad Daiyan, dan Ahmad Aisy.

Iklan

Menerusi perkahwinan keduanya pada 24 Februari 2018 bersama Mohd Sharidan Johari, beliau dikurniakan sepasang cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!