JANGAN sesekali cepat putus asa dan sebagai wanita yang juga ibu, kita kena berani mencari rezeki yang halal demi anak.”

Demikian kata-kata semangat yang dikongsikan Siti Norol Salwani Ismail, 29, ketika dihubungi SinarPlus semalam.

Kongsi anak jati Kelantan itu kepada para wanita di luar sana, beringatlah ketika waktu susah, tiada sesiapa yang akan sanggup tolong.

“Kadang-kadang, adik-beradik dan saudara mara pun tak dapat bantu. Jadi kita kena berusaha sendiri selagi termampu.

jangan putus asa wanita

jangan putus asa wanita

“Insya-ALLAH dengan izin DIA, walaupun rezeki hanya dapat setakat lepas makan dan minum, bersyukurlah dengan apa yang ada,” ungkapnya.

Selain itu, wanita berjiwa kental tersebut percaya setiap kesabaran dan ketabahan yang dilalui pasti akan dihadiahkan dengan sesuatu yang tidak dijangka-jangkakan.

Justeru katanya, pedulikan kata-kata orang yang tidak tahu-menahu dengan situasi yang ditanggung kerana dugaan setiap manusia adalah berbeza.

jangan putus asa wanita

jangan putus asa wanita

“Jadi buat ibu dan wanita di luar sana, percaya dengan kebolehan diri dan berusahalah untuk mencari duit poket sendiri. Macam saya tak pandai nak pandu kereta dan hanya tahu tunggang motosikal jer.

 

“Kenderaan itulah sama-sama cari rezeki. Sudah lima tahun dan dengannya juga saya pulang ke kampung di Kelantan masa cuti tapi sayangnya sekarang ini sudah rosak pula,” ceritanya.

jangan putus asa wanita

Akui ibu anak seorang anak itu, beliau sedang mencari motosikal baharu yang lebih tahan lasak untuknya berulang-alik hampir 300 kilometer (km) dari Changkat Jering, Perak ke Kuala Lumpur.

“Hasil jualan yang saya peroleh memang semata-mata untuk bayar anak sekolah dan sewa rumah. Nak menyimpan pun tak dapat lagi sebab duit tersebut digunakan untuk baiki motosikal yang rosak.

Baca juga Terlalu taasub hingga berani ceroboh kandang harimau, tindakan lelaki ini undang maut

“Doakan saya dapat rezeki lebih dan motosikal baharu, dapatlah berjualan lagi sayur-sayur kampung segar di Bandar Sri Permaisuri, Cheras,” katanya yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

jangan putus asa wanita

Sebelum ini, media melaporkan kesungguhan Siti Norol Salwani yang gigih berulang-alik dari Perak ke Kuala Lumpur dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave F1 125CC.

Iklan

Kisah beliau menjadi inspirasi buat semua apabila berjaya membuktikan rezeki boleh melimpah-ruah jika rajin berusaha meskipun terpaksa berdepan pelbagai halangan.

Baca juga Rider galas beg makanan jalan kaki buat ramai simpati, rupanya ini yang berlaku

Berkongsi pengalaman berniaga sayur-sayuran kampung tersebut, wanita gigih itu berkata, dirinya hanya bergantung dengan 30 ikat pucuk paku, jering dan asam keping ketika mula-mula berniaga.

jangan putus asa wanita

“Kalau ada musim petai, saya akan jual sebab ramai yang suka makan. Jadi, saya tambah dengan hasil kampung yang lain. Bila hasil jualan licin, saya seronok sangat.

“Bukan sebab untung jer, tapi saya gembira bila customer happy dapat sayur segar. Alhamdulillah ramai yang support membeli bila share di TikTok,” ujarnya.

Iklan

Wah! Hebat bukan wanita bernama Siti Norol Salwani ni. Betullah kata pepatah, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

jangan putus asa wanita

Jadi, jadikan kesungguhan beliau sebagai pemangkin semangat buat anda semua yang masih struggle demi mencari sesuap nasi.

Okey, kuatkan semangat dan jangan give up!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang