ICSYVMY4 Melabuhkan Tirai Ahad Ini, Berjayakah Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar?

Untitled design (36)
Untitled design (36)
A
A
A

SELEPAS 11 minggu bersiaran, I Can See Your Voice Malaysia musim 4 (ICSYVMY4) diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan bakal melabuhkan tirainya pada hari Ahad (1 Ogos 2021).

Episod akhir ini akan menampilkan Amy Search sebagai artis jemputan manakala Hazama dan Ain Edruce sebagai penyiasat jemputan di samping panel penyiasat tetap iaitu Alif Satar, Jihan Muse dan Fad Bocey.

Persoalannya, selepas Alif Satar & The Locos berjaya menemui penyanyi sebenar pada episod minggu lalu, berjayakah Amy Search mengulangi kejayaan sama?

Setiap minggu, program ini akan menyaksikan 6 penyanyi misteri diperkenalkan pada setiap episod. Mereka diberikan dua identiti yang berbeza untuk mengelirukan artis jemputan dan panel penyiasat.

Jika penyanyi misteri yang berjaya ke pusingan akhir ialah seorang penyanyi sebenar, peserta itu akan memenangi peluang untuk merakam sebuah single bersama artis popular tanah air.

Sekiranya penyanyi misteri itu ialah seorang penyamar bersuara sumbang, dia akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000.00

ICSYVMY4 dihoskan oleh Sean LJE dan Shuk Sahar disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim live di www.tonton.com.my .

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca