PERGOLAKAN rumah tangga suami kepada pelakon Miera Leyana, Rosland Othman, 50, dengan isteri pertama menjadi perhatian ramai.

Isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib, 50, nekad dengan keputusan enggan berpisah dan memohon suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Malah ibu kepada lima orang anak ini berharap rumah tangga dapat diselamatkan walaupun hubungan dilanda masalah sejak 2021.

Dalam perkembangan terkini, Rosland melafazkan cerai talak satu kepada Adibah pada jam 10.50 pagi di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Baca juga: Miera Leyana kini bergelar isteri

Kredit foto: Official HLive

Rosland berkata kepada hakim, dia membuat keputusan untuk melafazkan cerai berkenaan selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasaan sayang serta tawar hati susulan Adibah membuat kenyataan di media sehingga menjejaskan kerjayanya.

Adibah yang ditemui media selepas talak dilafazkan tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana masih terkejut.

Dalam pada itu, Rosland yang ditemani ibu Miera Leyana, Aisyah Abdullah, bergegas keluar dari dewan perbicaraan tanpa memberikan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu peguam yang mewakli Adibah, Mohd Junid Ramli berkata kes tuntutan hadanah akan tetap diteruskan.

“Kita tetap lawan dan mempertahankan hak lain,” katanya.

Mohd Junid memaklumkan tarikh perbicaraan untuk sebutan hadanah pada 4 September depan.

Rosland terdahulu memfailkan penceraian terhadap Adibah pada 7 April lalu.

Baca juga: 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami

Media ada melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin baharu.

Iklan

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata.

Sementara itu, Rosland bernikah dengan Miera Leyana pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Baca juga: Ibu paling berhak dapat hadanah, 15 info wanita wajib tahu tentang penjagaan anak lepas bercerai

Baca juga: #SiBibirMerah: Setia lelaki teruji bila miliki segala. Orang ketiga jangan bina bahagia atas derita wanita lain

Iklan

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang