SETELAH dua hari bersiaran, teka-teki 12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) akhirnya terjawab pada Sabtu.
Dua lagu nyanyian Naim Daniel iaitu Purnama dan Lara yang dinyanyikan bersama Haqiem Rusli dan Hael Husaini, manakala lagu Sepi nyanyian Aina Abdul beserta Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar, mara ke AJL36.
Turut layak adalah lagu Mimpi nyanyian Haqiem, bersama tujuh lagu lain.
Berikut ialah 12 buah lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 36:
Lagu | Penyanyi | Komposer | Penulis Lirik |
Mimpi | Haqiem Rusli | Haqiem Rusli & Dato A.Aida | Haqiem Rusli & Dato A.Aida |
Sepi | Aina Abdul | Aina Abdul | Aina Abdul & Wan Zakaria |
Nafas Cinta | Khai Bahar & Aina Abdul | Khai Bahar & Aina Abdul | Aina Abdul & Wan Zakaria |
Boneka | Ernie Zakri | Omar K,Iqie Hugh & Firdaus Rahmat | Omar K,Iqie Hugh & Firdaus Rahmat |
Purnama | Naim Daniel | Amzar Razqa & Naim Daniel | Amzar Razqa |
Pelukan Angkasa | Sog X Shila Amzah | Raja Nazrin Shah | Fazleena Hishamuddin |
Intan Payung | Noraniza Idris & Bunga | Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa | Bunga & Siqma |
Salahku | Yonnyboii | Yonnyboii | Yonnyboii |
Aewo | Shiha Zikir Ft Noki | Ezra Kong | Ezra Kong & Noki |
Lara | Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli | Hael Husaini & Mfmf | Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli |
Angkara | Siti Nordiana | Sharon Paul | Fedtri Yahya & Nana Alias |
Cinta | Marsha Milan | Bunga Cantik & Hang Nadim | Hang Nadim |
12 lagu berkenaan dipilih oleh barisan juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai Datuk Mokhzani Ismail bersama Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.
Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia Gunakan #SFMM36 #RoadtoAJL36 dan #CantikDenganNoir untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.