"Ini sebagai mukadimah..." - Sweet, Adam Lee ikat tali pertunangan

Untitled design (74)
Untitled design (74)
A
A
A

PASANGAN romantis, Adam Lee dan Sweet Qismina melangkah setapak ke hadapan dalam perhubungan mereka dengan mengikat tali pertunangan pada Ahad.

Majlis yang berlangsung di sebuah rumah persendirian bertempat dui Ampang itu hanya dihadiri 20 orang tetamu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Lebih istimewa, majlis pertunangan pasangan ini yang bertemakan putih dan songket diadakan sempena ulang tahun kelahiran Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi ke 24 tahun.

“Ramai yang bertanya bila kami mahu ada ikatan yang sah. Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya.

“Setakat ini kami sepakat untuk mengikat tali pertunangan selama setahun dan belum ada perancangan bila majlis perkahwinan akan diadakan.

"Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula," jelasnya.

Pasangan ini mula rapat selepas membintangi drama bersiri Adam Cempaka.

Foto : @blackpepperproduction

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca