Insiden belakang tabir drama pendek tersebar, Tya Arifin perjelas salah faham
SELEPAS dikecam hebat disebabkan insiden berkongsi gambar anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini, nama pelakon kelahiran Indonesia, Tya Ariffin sekali lagi hangat diperkatakan.
Kali ini melibatkan kisah di sebalik tabir penggambaran drama pendek, Sesudu Kebahagiaan bagi kempen raya jenama Jus Kesihatan Mutyara milik Tya di Hulu Langat, pada 29 Mac lalu.
Drama itu tersebut menyaksikan Tya gandingan dengann pelakon senior, Fauziah Nawi sebagai pasangan anak beranak.
Insiden tersebut mula menjadi buah mulut ramai apabila tersebar sebuah video yang memperlihatkan berlaku salah faham antara Fauziah dan pihak produksi yang dikendalikan kakitangan Tya.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan Tya juga hadir untuk memberi penjelasan dan menjernihkan keadaan.
Menjelaskan perkara tersebut, Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal, Asyraf Khalid berkata, apa yang berlaku itu hanyalah salah faham disebabkan masalah komunikasi antara kedua pihak.
“Terlebih dulu saya nak memohon maaf di atas kesulitan tak terduga dan salah faham ini. Apa yang terjadi di luar kawalan saya.
“Apa yang boleh saya jelaskan memang berlaku kelemahan komunikasi. Pada asalnya saya diberitahu pengurusan memang pihaknya (pengurus Fauziah Nawi) sudah bersetuju dengan bayaran ditetapkan.
“Cuma apabila sampai di lokasi penggambaran, saya dimaklumkan yang ibu Fauziah menyangkakan ia hanya projek membabitkan pelajar Universiti.
“Jadi selepas tahu ia membabitkan jenama produk, ibu Fauziah mula minta harga yang sewajarnya. Malah memang dia sampai tahap nak balik rumah,” katanya.
Bagaimanapun menerusi perbincangan yang dibuat, kata sepakat berjaya dicapai dan penggambaran diteruskan seperti yang dirancang.
“Ibu Fauziah pun sendiri juga meminta maaf kerana datang lewat hampir jam 10 pagi atas masalah tak terduga. Plan asal call time jam 7 pagi. Memang nak siapkan cepat kerana saya ada urusan mesyuarat pada sebelah petang.
“Mujur juga ibu Fauziah sangat profesional dan tidak menuntut banyak kali 'take'. Jadi ia mempercepatkan proses penggambaran," katanya.
Dalam pada itu, Tya mengakui tidak menyangka video insiden salah faham itu tersebar di media sosial dengan mencuri perhatian ramai.
“Saya sendiri sudah bertanyakan perkara sebenar kepada staf yang bertanggungjawab. Dia tidak berniat apa apa, sekadar berkongsi kepada temannya.
“Cuma tak sangka perkongsian video itu disebarkan pula kelompok kawan yang lainnya sehingga tersebar secara meluas. Saya sudah bersemuka dengannya dan kami akan ambil tindakan sewajar kepadanya.
“Atas sebab itulah saya tampil menjelaskan apa yang terjadi ketika penggambaran itu sekali gus memohon maaf terutama kepada ibu Fauziah Nawi," katanya cukup mengkagumi dan menyenangi bakat lakonan pelakon veteran itu.
Drama pendek berdurasi lima minit arahan ElHelmiKhir itu boleh ditonton pada jam 8 malam ini, di Instagram TV @mutyarabeauty.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang