SETIAP pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina.

Anak didambakan sebagai pengikat kasih sayang dalam perkahwinan. Pun begitu, tidak semua pasangan diberi rezeki terus hamil pada awal perkahwinan. Ada yang terpaksa melalui episod keguguran demi keguguran sebelum menimang anak pertama.

Seperti seorang ibu tabah dari China ini yang terus nekad berusaha untuk melahirkan zuriat sendiri biarpun mengalami penyakit autoimun Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Dalam tempoh 12 tahun, wanita tabah itu melalui pelbagai keperitan termasuk keguguran sebanyak 13 kali sebelum melahirkan anak pertama.

Menurut Mirror, wanita berusia 32 tahun yang hanya dinamakan Liu, melahirkan seorang bayi melalui pembedahan caesarean di Hospital Zhongnan Universiti Wuhan.

Liu, yang berasal dari daerah Xinzhou, Wuhan, China, berkahwin pada 2010. Setiap tahun wanita itu akan mengandung namun semuanya berakhir dengan keguguran pada peringkat awal kehamilan.

Baca juga: Kahwin 15 tahun, dikurnia 12 anak, wanita akui seronok miliki bayi dan anak kecil

DISAHKAN SLE, HIPOTIROIDISME

Keadaan keguguran berulang luar biasa yang dialami Liu menyebabkan pakar perubatan cuba mencari puncanya.

Pakar akhirnya mendiagnosis Liu mengalami SLE pada 2017 yang mana penyakit itu menjadi punca keguguran berulangnya selama ini.

Ia kerana SLE menyebabkan sistem imun menyerang tisu penghidapnya sendiri selain turut menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu pada organ yang terjejas.

Biarpun doktor menasihatinya untuk berhenti mencuba untuk hamil, Liu tetap bernekad untuk berikhtiar biarpun keguguran dialami berterusan.

Lebih memilukan, selepas 13 keguguran dalam tempoh 12 tahun, doktor mendapati tubuh Liu semakin lemah dan dia mula mengalami hipotiroidisme yang mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi.

Baca juga: Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu


KEHAMILAN KE-14 AJAIB

Bagaimanapun perjuangan wanita itu untuk memiliki zuriat akhirnya berbuah manis apabila dia disahkan hamil kali ke-14 disahkan pada Ogos 2021.

Kehamilannya yang ke-14 berjaya melalui saat getir keguguran pada trimester pertama.

Pada bulan kelima, Liu ke hospital kerana bimbang mengalami keguguran lagi selepas mengalami pendarahan dan kesakitan pada bahagian perut.

RAWATAN RAPI CEGAH KEGUGURAN

Difahamkan, doktor yang merawat Liu melakukan prosedur anti-jangkitan dan rawatan perlindungan janin bagi mengelakkan keguguran berulang lagi.

Selepas usaha yang bergigih berbelas tahun, Liu akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata dari rahimnya sendiri.

Dia melahirkan bayinya pada usia kandungan kurang 36 minggu melalui pembedahan caesarean pada 22 Mac lalu.

Baca juga: Gugur pada usia kandungan masih kecil, dikira darah nifas… Pendakwah ini beri contoh situasi mudah untuk difahami

Iklan

Biarpun bayinya dilahirkan pramatang, Liu dibenarkan keluar discaj dari hospital tiga hari selepas bersalin.

Dr Guo Juanjuan, salah seorang pakar merawat Liu mendedahkan pesakit SLE terdedah kepada keguguran setiap kali hamil.

“SLE mendedahkan ibu kepada keguguran. Kehamilan bagaimanapun boleh diteruskan dengan penjagaan perubatan yang rapi,” katanya.

INFO MENGENAI SLE

1. Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

2. Ia menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Iklan

3. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan pada muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

4. Gejala biasa dialami pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis) dan selalunya diiringi keletihan dan demam. Penyakit SLE pada masa tertentu tidak aktif iaitu dapat dikawal (remission). Namun ada masanya menjadi aktif (relapse).

5. Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.

6. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak dan arang sekali terjadi semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.

Baca juga: Derita sakit usus dan SLE, hidup remaja ini berubah 360 darjah. Bantuan RM30,000 diperlukan untuk kos perubatan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI