Istimewa buat peminat James Bond, Astro bawakan 25 siri filem

Untitled design (46)
Untitled design (46)
A
A
A

SEMPENA tayangan filem terbaharu James Bond 007, No Time To Die di pawagam tidak lama lagi, Astro dan MGM berbesar hati membawakan koleksi 25 filem ikonik James Bond.

Tayangan filem itu menampilkan ejen ikonik M16 Britain, James Bond dari filem Dr. No lakonan Sean Connery hinggakan Spectre, lakonan Daniel Craig di saluran sementara 007 (saluran 407), Astro GO dan On Demand sehingga 7 November ini.

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, pelanggan Astro berhak mendapat pilihan hiburan yang terbaik.

“Peminat boleh berhibur dengan tayangan perdana filem-filem 007 mengikut kronologi, setiap hari pada 9 malam, menampilkan filem pertama di tahun 1963 hinggakan filem terkini tahun 2015.

“Sebagai tambahan, peminat boleh menyaksikan dokumentari Everything or Nothing: The Untold Story of 007, yang memberi fokus kepada tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama iaitu penerbit, Albert R. Broccoli dan Harry Saltzman, serta pengarang buku, Ian Fleming.

“Dokumentari itu memberi pandangan yang menghiburkan dan nostalgia kepada para peminat tentang naratif penceritaan yang mendebarkan dan inspirasi di sebalik koleksi filem-filem ini yang merupakan siri filem paling lama diterbitkan sepanjang sejarah pawagam,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca