GELAGAT anak pelawak, Achey, Nur Tiara Zinnirah sentiasa mengundang perhatian dan mencuit hati netizen.

Kali ini pula, Tiara hampir membuatkan Achey hampir termuntah apabila ‘memakai’ gigi palsu neneknya.

Dalam video berdurasi 35 saat itu, Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah sedang merakam keletah Tiara, dilihat terkejut dengan tindakan di luar jangkaan tersebut kerana anaknya bukan hanya bermain malah mencuba gigi tersebut.

“Hei sini tengok… tengok.. Apa benda ni (sambil meminta Tiara membuka mulut).

“Buka… itu gigi Tok Ma… EEeee (nak muntah).

“Astaghfirullahalazim…. Tiara!!! Pergi bagi Tok Ma,” katanya yang menahan geli.

Baca juga:‘Rezeki orang baik.’ Terharu terima hadiah Ford Ranger Raptor, luahan hati Achey buat warga maya tersentuh

Baca juga:Berkat rezeki Tiara Candy, Achey beli MPV jadikan van jenazah, wakaf percuma untuk golongan memerlukan

Sementara itu, isterinya, Nor Hasanah Yahaya yang baru masuk ke dalam rumah hairan mengapa Achey bising dan menyuruh Tiara memulangkan ‘sesuatu’.

Hasanah: Kenapa?

Iklan

Achey: Gigi Tok Ma dia buat main.

Hasanah:(Gelak).. Eeee.

Achey mendirikan rumah tangga dengan Hasanah pada 2011.

Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara pada Mei 2018 yang kini berusia enam tahun.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!