Jack Yusof pertaruh Rosyam Nor selaku teraju utama

JACK YUSOF
JACK YUSOF
A
A
A

SELEPAS berjaya dengan drama premium seperti High Council, One Cent Thief, LIAR serta KUDETA, Astro Originals kembali dengan sebuah naskhah baharu, Jack Yusof.

Istimewanya, karya yang sarat dengan gelagat lucu dan mencuit hati itu dihasilkan oleh pengarah drama kegemaran keluarga Malaysia – I-Tanggang, Keluarga Iskandar dan Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Menurut Wan Hasliza Wan Zainuddin yang turut bertindak selaku penulis skrip drama ini, idea menghasilkan Jack Yusof tercetus selepas melihat situasi sahabatnya sendiri.

"Saya yakin isu wali dan elemen hubungan ibu bapa yang terlerai jarang didedahkan. Saya cuba menyampaikan isu tersebut sebagai subjek utama dalam Jack Yusof.

"Meskipun masih menerapkan elemen kekeluargaan seperti naskhah terdahulu, namun saya tampilkan kelainan dari sudut produksi, kerana untuk menggambarkan Jack Yusof adalah seorang bintang filem yang besar.

"Kami harus memaparkan beliau ramai peminat serta bekerja dalam set penggambaran, jadi penonton dapat lihat di sebalik tabir penggambaran. Kami harap penonton akan terhibur dengan Jack Yusof," katanya.

Rosyam memainkan watak penting dalam Jack Yusof.

Bukan itu sahaja, Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun.

Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox.

Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-­tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.

Salah satu watak dalam Jack Yusof.

Selain Rosyam, siri ini dibintangi Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan dan penampilan istimewa Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

Drama 8 episod ini akan mula menemui penonton di platform On Demand dan Astro GO bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9 malam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca