Tahniah! Ernie Zakri juga selamat bersalin tarikh 22022022

ERNIE SYAMEL
ERNIE SYAMEL
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Ernie Zakri telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tarikh keramat 22 Februari 2022 atau 22.02.2022.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamel dan Ernie menerusi akaun media sosial mereka.

Difahamkan bayi perempuan mereka selamat dilahirkan pada jam 10.14 pagi tadi di sebuah pusat perubatan.

“Syukur alhamdulillah. Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi. Senang daddy ingat tarikh hari jadi.

“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” tulisnya ringkas beserta foto bayi mereka yang masih belum didedahkan wajahnya.

Syamel dan Ernie diijabkabul 26 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Selain Ernie, antara lain yang menimang cahaya mata hari ini adalah penyanyi, Kaka Azraffdan Datuk Jamal Abdillah.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca