ASTRO Shaw terus proaktif memainkan peranannya sebagai penerbit dan penggerak industri filem tanah air dengan membawakan filem-filem segar menerusi kepelbagaian genre dan naratif kepada penonton serta mencetuskan transformasi buat perfileman Malaysia.

Selepas melakar kejayaan demi kejayaan melalui filem terbitannya pada tahun ini, Astro Shaw kini tampil mempersembahkan filem Chomel.

Naskhah yang mengangkat tema tentang hubungan persahabatan dan kasih sayang sebuah keluarga bersama seekor kucing itu, bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Jun.

Filem arahan Jason Chong itu dibintangi Zahiril Adzim, Azizah Mahzan,  Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah dan Aniq Suhair.

Chomel membariskan Zahiril Adzim bersama pelakon baru.

Selain itu penampilan istimewa daripada Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan Zahier Yusof.

Chomel mengisahkan Mimi yang kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Iklan

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering didesak oleh neneknya untuk menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora. Nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara mereka.

Iklan

Namun situasi berubah apabila Mimi berjumpa Chomel. Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi untuk memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Saksikan filem Chomel yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Jun ini. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.