Jamal Abdillah bakal timang anak kelima

JAMAL ABDILLAH
JAMAL ABDILLAH
A
A
A

PENYANYI legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kelima, apabila isterinya, Datin Zai Izzati, 26, kini hamil 12 minggu.

Jamal meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi diberikan rezeki untuk menambah zuriat pada usia 62 tahun. Ia merupakan cahaya mata ketiga Jamal hasil perkongsian hidup bersama Izzati.

“Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang ALLAH bagi. Kalau boleh, saya nak anak perempuan lagi kerana dah ada tiga anak lelaki sebelum ini,” katanya kepada Wafa TV.

Sementara itu, Izzati, turut meluahkan kegembiraan sama apabila hamil lagi selepas melahirkan cahaya mata keduanya, El Issac Yamani pada 11 November, tahun lalu.

“Alhamdulillah saya kini hamil 12 minggu. Lepas ini bertambah lagilah kerja,” ujaranya sambil tersenyum.

Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Selain El Issac, pasangan ini mempunyai seorang lagi cahaya mata yang diberi nama Nur Azura Yamani, 1.

Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca