SYARIKAT FMC Music mengesahkan rakan duet Wany Hasrita bagi menyampaikan lagu ‘Ku Cuma’, Datuk Jamal Abdillah menarik diri daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada 3 Mac depan.

Menurut Pengarah Urusan FMC Music, CF Ho, keputusan tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan bersama antara pihak Jamal, penerbitan dan mereka yang mewakili pencipta lagu.

“Pihak kami tidak dapat berbuat apa-apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.

“Sebelum itu, beliau ada memberitahu untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL.

“Ini kerana perkara berkenaan di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, CF Ho berkata, pihaknya telah berbincang dengan pencipta lagu tersebut iaitu Ezra Kong dan bersetuju untuk menamakan penyanyi, Afieq Shazwan sebagai penganti Jamal.

“Afieq akan berduet bersama Wany di pentas akhir AJL nanti. Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuannya.

“Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” ujarnya.

Iklan

Menerusi laporan media, Jamal bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati ekoran peserta bertanding secara percuma sedangkan pihak produksi mengaut keuntungan menerusi menjual tiket selain mendapat tajaan.

Pun demikian ada yang mendakwa, penyanyi berusia itu terikat dengan komitmen lain yang sudah dipersetujui lebih awal menyebabkan beliau terpaksa menarik diri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!