Jamie Lynn nafi jadi "parasite" Britney Spears

A
A
A

SETELAH hampir seminggu mendiamkan diri, Jamie Lynn akhirnya membuka mulut tentang tuduhan mempergunakan kakaknya, penyanyi pop terkenal, Britney Spears untuk kepentingan peribadi.

Jamie, 30, memberitahu dirinya tidak bergantung hidup dengan Britney seperti yang dituduh khalayak.

Sebaliknya beliau menguruskan kehidupannya sendiri sejak berusia 10 tahun.

"Saya mendiamkan diri kerana ingin membiarkan Britney berani bersuara bagi pihaknya sendiri. Saya sangat menyokong Britney dan tidak mungkin akan melakukan perkara sebegitu kerana saya adalah satu-satunya adik beliau.

"Saya tidak kisah sekiranya beliau ingin lari ke dalam hutan atau memiliki ribuan bayi di mana sekalipun, atau jika beliau ingin kembali dan menguasai dunia seperti apa yang telah dilakukan sebelum ini, itu terserah kepadanya.

"Saya tetap akan menyokong setiap apa yang beliau lakukan tidak mengira apa sahaja keputusan yang diambil dalam hidupnya," jelas Jamie menerusi sebuah video baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan ratu pop dunia itu ingin menyingkirkan bapanya, Jamie Spears sebagai penjaga di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat.

Penyanyi lagu Criminal itu juga mengatakan dirinya telah didera secara mental oleh bapanya itu sejak tahun 2008 selain mengawal ketat segala urusan kewangan beliau.

Bapanya turut dikatakan telah memasang alat pencegah kehamilan (contraceptive device) terhadapnya bagi menghalang daripada mengandung sekali gus melenyapkan impian untuk membina keluarga bersama kekasih, Sam Asghari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca