SEBUT nama Sharisa Haris, pasti ramai yang kurang familiar. Padahal tuan punya badan sebelum ini pernah tercalon dalam Top 5 Anugerah Skrin 2014 dan kali terakhir berlakon menerusi drama Adelle Sofea pada tahun 2019.

Namun, kehidupan sebagai anak seni ada pasang surutnya. Itulah yang dilalui Sharisa.

Namun wanita hebat ini membuktikan, rezeki itu luas dan tumpuan beliau kini beralih dalam dunia bisnes.

Baca ni Terbaik! Sediakan RM150,000 bonus pekerja, keprihatinan Mila Jirin sentuh hati. ‘Kongsi rezeki dengan pasukan’

sharisa 3

“Dulu aku seorang pelakon drama dan filem dalam industri Malaysia. Pernah juga menulis beberapa naskhah skrip drama dan travelogue.

“2019 adalah drama terakhir aku shoot (Adelle Sofea) arahan director yang sangat aku hormati dan kagumi iaitu abang Ejat atau Shahrulezad Mohameddin.

“Dulu mungkin orang kenal sebab berlakon tapi bukan famous sangat pun. Sekarang mesti orang tak kenal.

“Tetapi alhamdulillah pernah tercalon top 5 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014,” ungkap beliau.

Wanita itu berkongsi luahan tersebut menerusi laman TikTok miliknya.

Malah katanya, beliau pernah melakukan pelbagai kerja lain sebelum ini termasuklah menjadi tukang cuci, pelayan dan kini peniaga sate untuk menampung kehidupan.

Baca juga Rezeki Datuk Red melimpah lepas mengaku muflis, raih jualan RM100,000 dalam live bersama ibu Neelofa

sharisa haris

“Perjalanan aku di dunia f &b (food and beverages) semakin serius pada tahun 2017.

“Bermula sebagai seorang cleaner, kemudian diberi peluang sebagai waiter dan kini diberi kepercayaan sebagai tukang bakar sate.

“Begitulah kisah akak sado (panggilan nama) dalam mencari sesuap nasi. Korang yang nampak video ini saya nak pesan, jangan curiga dengan rezeki setelah engkau berpenat lelah berusaha,” ungkapnya optimis.

SinarPlus berkesempatan menghubungi beliau bagi berkongsi lanjut mengenai perubahan dalam hidupnya kini.

“Mungkin ada kekeliruan kerana saya bukan beralih bidang tetapi memilih bidang f&b ini kerana ia satu jalan yang boleh survive. Saya tiada pilihan. Saya sudah mulakan dari bawah dan daripada kecil sudah terdedah dan diajar dekat kedai makan.

“Waktu tercalon Top 5 dalam kategori Pelakon Drama Wanita Terbaik TV Anugerah Skrin 2014, saya ingat rezeki saya dah nak sampai. Sebaliknya telahan saya salah. Orang jadi takut nak panggil dan tawaran berlakon semakin kurang. Sedangkan komitmen saya semakin tinggi dan banyak tanggungan yang perlu saya uruskan.

sharisa

“Pun begitu, saya masih cuba bertahan dan berniaga kecil-kecilan dan masih berlakon lagi. Sehinggalah satu hari saya rasa itu mungkin ‘yuran kebodohan’ saya dalam menguruskan bisnes apabila kerugian hampir RM500,000 yang bukan duit sendiri tetapi duit syarikat. Dengan kata lain,saya berhutang dengan duit syarikat. Amaun yang cukup besar dan saya buntu bagaimana nak bayar.

FOKUS BISNES

Pada masa sama, beliau masih menunggu tawaran namun sedar bukan mudah untuk survive. Sementelah diri bukanlah popular seperti artis lain. Lebih-lebih lagi dirinya sudah berhijab.

“Saya bukanlah popular dan memiliki wajah bak bidadari. Sehinggalah 2019 apabila berhijab, lagi lah tiada tawaran. Mungkin ALLAH mahu saya fokus kepada bisnes dan alhamdulillah, 2017 sehingga sekarang, saya sudah ada lebih kurang 30 orang staf, 1 centrak kitchen, pejabat dan menyewa sebuah restoran yang terbesar di Tampin iaitu Restoran Mama Nor (Tampin Square) yang terletak di Jalan Besar Tampin,Tampin, Negeri Sembilan.

“Sebenarnya Tampin pekan yang sangat kecil dan ramai mengenali saya kerana kedai makan dan generasi sekarang pun mungkin tak kenal sebagai pelakon.

Iklan

“Apa yang saya kongsikan di media sosial saya iaitu di Facebook @mama nor
atau Instagram dan TikTok @mamanor2017 adalah perjalanan awal dalam bidang bisnes sehingga sekarang. Saya buat semuanya sendiri, beli barang, memasak dan sebagainya sebelum ada staf. Saya lakukan bersama adik-beradik (3 orang). Kami ibarat strong leader dalam team tersebut,” ungkapnya.

MASIH MINAT BERLAKON

Pada masa sama, beliau belum meletakkan noktah sebagai anak seni, jauh sekali berkecil hati atau merajuk. Apa yang beliau fikir adalah untuk teruskan kehidupan.

“Saya reda dengan apa berlaku cuma fikir apa yang perlu buat untuk teruskan hidup. Tak kaya dan mewah tak mengapa asalkan cukup untuk sekeluarga.

“Saya tak kekok dengan penerimaan apa yang berlaku kerana sudah biasa susah sejak kecil. Keluarga minta usaha sendiri jika mahukan sesuatu. Saya cukup berterima kasih dengan ajaran mama babah saya. Tanpa dirikan mereka, belum tentu sy akan sekuat sekarang.

sharisa 5
Pencapaian tertinggi dalam bidang bisnes adalah apabila menerima Anugerah Ikon Negeri Sembilan baru-baru ini

 

Baca lagi ‘Satu tertutup, pintu rezeki lain masih terbuka.’ Sedih kontrak ditamatkan, kini suami Ayu Raudhah kongsi berita gembira

“Selain keluarga, orang sekeliling punya sokongan cukup luar biasa. Terutama warga Tampin dan sekitar. Tiada istilah malu kerana buat kerja halal, malah saya bangga kerana pengalaman hidup yang sarat dan berat buat saya jadi lebih kuat.

“Berlakon adalah minat saya dan bukan kerana mahu kejar glamor. Janji ada pendapatan dan sumber rezeki. Saya rasa sekali melangkah dalam dunia seni, kita tak boleh nak keluar kaki. Saya memang rindu nak berlakon dan berserah andai ada rezeki kelak.

Iklan

Sharisa 2

“Dengan situasi ekonomi dan bisnes yang makin drop, saya faham bukan hanya saya yang lalui, saya tak nak buang staf. Sebab itu fikir pelbagai perkara untuk pastikan syarikat survive. Kalau ada tawaran berlakon InshaAllah saya terima dan buat asalkan akan ada pendapatan termasuklah juga jika ada panggilan untuk cuci rumah, saya sanggup buat,” ungkap beliau lagi. 

Sekadar info, antara drama lakonan Sharisa adalah Monalisa, Teduhan Kasih, Aurora Aisyah, Adellea Sofea dan banyak lagi.

@sharisaharis JANGAN CURIGA DENGAN REZEKI!!! @MAMA NOR TAMPIN 🔥🔥🔥🔥🔥 #capcut #akaksado #mamanor#CapCut ♬ Masa Laluku – Kangen Band

Sumber: TikTok Sharisa Haris 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!