SUAMI Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menjadi perhatian selepas mendedahkan diisytiharkan muflis sejak 2019 dan mengalami masalah kewaangan. Perkongsian itu mengundang simpati ramai sehingga kini dilimpahi tawaran jemputan penstriman langsung pelbagai jenama.

Terbaharu, usahawan hartanah itu muncul dalam sesi live bersama ibu Neelofa, usahawan Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Bersama mempromosikan teh herba kiub dan daging perapan istimewa, Adnan menerusi akaun TikToknya, @abg red berkongsi berjaya meraih jualan tinggi.

Baca juga: Datuk Red muflis sejak 2019, hargai isteri-isteri tutup aib. ‘Adira beri RM100 untuk beli makanan buka puasa & buku sekolah anak’

Baca juga: “Bayangkan ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Selain Adira, Datuk Red dedah isteri pertama juga mohon cerai, nafi ada pakatan

“Live bersama ibu Neelofa, @Noor Kartini Noor Mohamed petang tadi. Terima kasih sahabat-sahabat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya. Hanya ALLAH yang boleh membalas jasa semua.

“Jualan tadi mencecah RM100,000. Saya masih baharu lagi dalam bidang ni, harap dapat tunjuk ajar dari semua,” katanya.

Sementara itu, Noor Kartini juga menerusi Instagram memuat naik hantaran hasil kolaboratif mereka.

“Alhamdulillah, sempat live dengan Datuk Red semalam. Sales semalam live dengan Datuk Red mencecah RM100 ribu lebih.

“Terima kasih Dato Red sudi live dengan mama. Mama doakan yang baik-baik untuk Datuk,” titipnya.

Baca juga: ‘Keputusan sama, semoga selesai cepat.’ Sesi JKP gagal, Adira tetap pendirian bercerai dengan Datuk Red

Baca juga: Ramai anak muda muflis dan berhutang, Erin Adlina bercadang wujudkan subjek silibus kewangan di sekolah

Adnan sebelum ini memperoleh pendapatan RM78,000 sehari hasil jualan biskut Red Velvet. Berdasarkan TikTok Shop, biskut berkenaan yang dijual pada harga RM35 sebalang terjual melebihi 2,000 balang.

Terdahulu, ahli perniagaan berusia 42 tahun itu muncul mempromosikan baju Melayu dan daging perap.

Iklan

Beliau sebelum itu pernah tersilap langkah dalam perniagaan hingga terjerumus dalam kancah hutang yang mencecah RM5 hingga RM7 juta.

Adira berkahwin dengan Adnan pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Beliau juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai dan dikurniakan dua cahaya mata.

Iklan

Untuk rekod, Adnan kini berhadapan tuntutan penceraian daripada kedua-dua isterinya.

Sumber: TikTok, Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!