TERBAIK! Beberapa hari lagi menjelang hari raya, penyanyi dan ahli perniagaan berjaya, Mila Jirin menyentuh hati ramai selepas berkongsi rezeki dengan kakitangannya.

Ujar pemilik Bizmilla Wedding Centre dan The Bridal Factory itu, beliau sebagai insan yang diamanahkan untuk menjaga kewangan syarikat sanggup mengeluarkan sejumlah sebagai duit raya buat pekerja.

Dalam hantaran di Instagram, penyanyi genit itu mengakui tersentuh melihat reaksi staf menerima berita gembira itu sekali gus meluahkan rasa lega.

“RM150,000 untuk Team Bizmilla bagi tahun 2024. Alhamdulilah syukur kepada ALLAH. Mengalir air mata saya bila lihat wajah kegembiraan mereka.

“Terima kasih para pelanggan di atas sokongan yang padu, maka dapatlah kami berkongsi rezeki dengan pasukan,” kongsinya.

Baca juga: ;Tarik handbrake, u-turn, jangan terjerumus ke lembah hitam. Perkongsian Mila Jirin yang cukup berinspirasi!

Baca juga: Mila Jirin pujuk suami izinkan kembali menyanyi. ‘Kena bijak seimbangkan masa, anak pun dah besar.’;

Baca juga: [VIDEO] Mila Jirin tanggung hutang, terpaksa buat pinjaman, perlu bertahan demi pekerja

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla binti Jirin menyifatkan ia sebagai memberi semula kepada kakitangan atas sumbangan mereka.

“Saya faham situasi anda dan cuba cara terbaik to give back to all of you.

“Saya harap dengan sedikit bantuan ini memberikan dapat memberikan kegembiraan,’ ujar Mila.

Baca juga: Mila Jirin ceritakan apa terjadi sebalik CCTV di dewan perkahwinan miliknya

Baca juga: Majikan contoh! Khairul Aming tutup kilang bawa 100 staf shopping raya, sampul duit raya tebal jadi perhatian!

mila jirin

Warga maya yang teruja dengan perkongsian itu memuji tindakan Mila tidak lokek mengeluarkan wang sebagai tanda menghargai penat lelah para pekerja. Ujar mereka:

Iklan

– “Alhamdulillah, semoga rezeki Bizmilla berlipat kali ganda. We love you mommy!

– “Terbaik Mila dan suami. ALLAH SWT memilih mereka berdua untuk membantu manusia lain. Respect to the both idola.”

– “Alhamdulillah, always support anak Melayu kita. Terbaik Mila.”

– “Ya ALLAH seronoknya dapat majikan seperti ini. Sentiasa menghargai pekerjanya.”

– “Terbaik idola!

mila jirin

Iklan

 

Juara Akademi Fantasia 5 itu terdahulu membangunkan perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering dan pernah mendedahkan memperoleh pendapatan mencecah RM50 juta setahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!