Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa - Shahir Zawawi

SHAHIR AF
SHAHIR AF
A
A
A

PENYANYI Shahir Zawawi mengakui masih berhubung dengan pelakon Erra Fazira dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat teman rapatnya itu.

Mengulas mengenai gosip perkahwinan Erra dengan seorang kenamaan yang hangat diperkatakan baru-baru ini, Shahir, 33, berkata, dia tidak tidak terkejut apatah lagi berasa kecewa dengan berita itu.

“Saya ada dengar tentang gosip tersebut, tapi tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Memang kami masih berkawan baik, tetapi kalau melibatkan hal peribadi saya kurang pasti.

“Perkara itu (perkahwinan) bukan sesuatu yang salah. Kalau dia kahwin pun, itu benda yang baik.

”Jadi tak perlu nak terkejut pun, sebaliknya doakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh dia, alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahir yang ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah, Hijrahkan Laguku, pada Selasa, menjelaskan dirinya kini masih lagi solo dan meminta agar tidak dikaitkan dengan sesiapa.

“Buat masa ini saya nak fokus kepada program ini dululah, sekali gus kembali aktif dalam bidang seni. Kalau ikutkan sebelum ini lagi saya membuat perancangan itu, tetapi disebabkan pandemik Covid-19 ia tidak dapat dilakukan..

“Saya masih lagi single, janganlah kaitkan saya dengan sesiapa. Kalau boleh boleh tak mahulah fokus saya pada kerjaya lari kerana hal-hal seperti itu," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca