ARENA pertempuran berbilang pemain mudah alih dengan komuniti permainan terbesar, Mobile Legends: Bang Bang mengumumkan liga wira terbarunya iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem menjadi wajah kempen 515 mereka pada Aidilfitri kali ini.

Pemilihan selebriti-selebriti ini amat penting bagi pelan pengembangan perniagaan mereka kerana syarikat permainan digital antarabangsa itu ingin mengukuhkan tapak mereka di Asia Tenggara.

“Sejak dari tahun 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON Games.

Selain itu, penonton juga boleh menikmati video bertemakan Raya yang disajikan oleh MOONTON Games yang sarat dengan mesej bermakna.

Ia memfokuskan kepada kisah Tok, seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian dan memerlukan bantuan wira MLBB untuk membantu menjadikan raya Tok sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

MOBILE LEGEND
Antara babak dalam filem pendek Mobile Legend.

Berkongsi mengenai peranan Janna Nick sebagai Tang Wanwan dalam “Tang Wanwan: Quest for the truth”, Janna berkata ia memberi satu pengalaman baru buatnya.

“Ia sememangnya satu pengalaman yang mengagumkan sewaktu penggambaran dengan semua orang memakai baju raya di sebuah kampung. Benar-benar menyerlahkan suasana Hari Raya yang amat saya rindui”.

Selain itu, MOONTON Games juga telah menyediakan dua buah lagi filem solo mini yang menarik berkisarkan Ling dan Yin yang dibintangi oleh Hun Haqeem sebagai Ling, dan Hairul Azreen sebagai Yin akan tiba tidak lama lagi.

Janna Nick

Filem solo mini Ling ini iaitu Ling: The Chosen One ditayangkan pada 24 April lalu dan filem solo mini Yin, The Ultimate Challenge akan ditayangkan pada 2 Mei ini.

Iklan

Dalam pada itu, jangan ketinggalan untuk menonton Siri Animasi Global yang mempamerkan kisah-kisah lain tentang tiga adiwira MLBB.

Siri ini memberikan satu lagi sisi hiburan kepada penonton dan peminat MLBB, Siri Animasi Global akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan filem mini ketiga-tiga hero ini.

Penonton juga mungkin berpeluang untuk menemui pengurus bintang blockbuster, dan juga Influencer yang paling berpengaruh serta hebat dari seluruh pelusuk Asia Tenggara dan mereka semuanya berkumpul dalam satu video kali ini.

Iklan

Sementara itu, undi untuk Influencer Malaysia kegemaran anda iaitu Jess No Limit dan ChooxTV dalam acara undian All Star, yang bakal bertanding dengan 200 individu influencer lain untuk merebut tempat dalam pertarungan ALLSTAR.

Janna Nick

Fasa Undian All Star akan bermula pada 29 April dan berakhir pada 4 Mei.