Jenama Gerak Khas masih relevan, Skop Production kembali dengan Gerak Khas Undercover

Untitled design (1)
Untitled design (1)
A
A
A

DI atas permintaan ramai, Gerak Khas kini kembali dengan wajah baharu dengan menampilkan jalan cerita yang lebih terkini dan relevan.

Selain mengekalkan watak popular lakonan Erra Fazira, Salina Saibi, C. Kumaresan, Farid Amirul dan Datuk AC Mizal, drama itu juga akan menyaksikan lakonan mantap Datuk Aaron Aziz, Datuk Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan Khalida Balqis .

Gerak Khas Undercover  bersiaran untuk 30 episod di TV3 bermula pada 1 Oktober, setiap hari Jumaat, jam 10.30 malam serta turut disiarkan di platform penstriman iQiyi.

Naskhah kali ini merupakan idea asal daripada Syafiq Yusof manakala Datuk Yusof Haslam  sebagai penasihat produksi.

Selain itu, Syafiq juga bertindak sebagai pengarah bersama dengan C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin, M.S Hakim.

Drama bersiri ini memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah pelajar kolej.

Sebagai tarikan dalam awal penceritaan siri drama ini, Gerak Khas Undercover akan menampilkan kisah ketua gengster, Tony Bono yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam.

Tony Bono menjadi sasaran utama DSP Jeslina dan ASP Salina untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya.

Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik  mencari puncanya dengan kadar segera. Apakah kesudahan Tony Bono dan berjayakah misi undercover ini?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca