Johan Asari elak kontroversi dengan penerbit dan pengarah

Untitled design (21)
Untitled design (21)
A
A
A

PELAKON Johan As'ari, 33, meluahkan rasa syukur kerana sepanjang 10 tahun berada dalam industri seni, dia tidak pernah terpalit dengan kontroversi bersama pengarah ataupun penerbit.

Menurut pemilik nama sebenar, Johan Ariff As’ari itu kebanyakan kontroversinya hanyalah tentang kisah percintaan yang berhujung kegagalan.

“Saya akui ada kontroversi yang menaikkan nama dan ada juga kontroversi yang telah menjejaskan reputasi sebagai seorang pelakon.

“Bagaimanapun sejak tahun 2018 saya bersih kontroversi, pengalaman mendewasakan,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Cerita pelakon yang mula dikenali menerusi drama Juvana itu lagi, selebriti yang terpalit dengan kontroversi perlu pandai mengawal keadaan dan berani untuk berhadapan dengan pihak media.

“Wartawan inginkan pencerahan sama ada menjawab secara spontan atau membuat sidang media pada masa yang sesuai.

“Apa pun kontroversi yang melanda, saya akan cuba elakkan mempunyai masalah atau kontroversi dengan penerbit mahu pun pengarah kerana mereka adalah sumber rezeki sebagai selebriti.

“Apatah lagi mereka ada hak untuk memilih artis-artis untuk membintangi karya-karya mereka,” ujarnya.

[embed]https://www.instagram.com/p/B8zevPXlC9p/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca