Juara Finalis Suria Duo X diketahui malam ini

Finalis Suria Duo X
Finalis Suria Duo X
A
A
A

SELEPAS proses pemilihan dan perbincangan selama tiga minggu, finalis Suria Duo X akhirnya akan mempamerkan kemampuan vokal terbaik mereka bersama kumpulan artis impian mereka yang terdiri daripada #teamSyamelxSitiSarah, #teamEzadLazimxAinaAbdul dan #teamAzlanxAraJohari.

Danny Mierul, Murshid Nazri dan Shazreen Shaharum adalah tiga finalis yang akan merebut gelaran juara Suria Duo X yang akan membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi Suria Duo X.

Manakala tempat kedua dan tempat ketiga Suria Duo X pula akan meraih RM3,000 dan RM2,000 serta trofi Suria Duo X.

Strim siaran langsung Finale Suria Duo X akan berlangsung pada  Jumaat, 9 Oktober, jam 9 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

Finale Suria Duo X juga bakal menampilkan persembahan artis legenda dan baharu seperti Datuk Hattan, Adam E, Yonnyboii, Madam Band dan Dolla.

Untuk menentukan juara Suria Duo X, penonton boleh mengundi peserta dan kumpulan pilihan mereka secara online menerusi laman rasmi di undi.suria.my. Video mingguan Suria Duo X, ikuti episod Suria Duo X boleh ditonton di suria.my/suriaduox.

 

(FOTO: Suria FM)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca