'Kalau ada bukti saya makan harta anak yatim, buktikan...' - Ali Puteh

A
A
A

SEJAK dua hari lalu, isu saman-menyaman melibatkan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali dan keluarga mertuanya terutama Ali Puteh menjadi antara isu hangat diperkatakan ramai.

Ramai netizen menyelar Ali dan menyifatkan pelawak dan pelakon itu lebih sudu dari kuah apabila menyaman kakak iparnya.

Namun Ali dalam satu kenyataan secara langsung bersama MalaysiaGazette menjelaskan, saman yang dikemukan olehnya tidak melibatkan harta tetapi hanya mahu memulihkan semula nama dan imej keluarganya yang sudah tercalar sejak arwah Abam meninggal 10 Februari lalu.

Lebih mengejutkan, Ali memberitahu dia disaman dengan jumlah RM900,000, hanya selepas 15 hari Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia.

"Ada yang salah faham ingat saya saman balu tetapi sebenarnya saya saman balas kepada balu selepas saya disaman.

"Saya tak hebahkan pada media bahawa saya disaman 15 hari atau hari kami mengadakan majlis tahlil anjuran pihak Astro sebab saya masih menghormati abang saya baru meninggal dunia. Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih.

"Tidak lama selepas saman saya, dia (Hidayah) dan ibunya menyaman pula ibu saya. Ibu saya yang berkerusi roda itu pun disamannya.

"Macam mana hubungan seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak," katanya.

ALI-HIDAYAHPengeseran antara Hidayah dan Ali sudah mula menjadi perhatian selepas Hidayah memberitahu Datuk Seri Aliff Syukri dia dihalau keluarga arwah suaminya sehelai sepinggang.

Selain disaman, Ali memaklumkan Hidayah turut menuntut harta-harta lain Allahyarham termasuk rumah dan tanah bernilai RM300,000, kereta jenis Toyota Velfire, jam tangan, sebuah motorsikal dan wang tunai di dalam akaun bank.

"Kau tuduh aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik bulan lepas. Siapa nak bayar?

"Orang di luar sana pun sibuk sangat nak tahu berapa banyak harta arwah, sibuk nak tahu berapa jumlah, saya makan berapa banyak.

"Okey ini saya dedahkan semua, balu tuntut rumah dan tanah bernilai RM300,000; sebuah Toyota Velfire bernilai RM300,000, padahal Velfire lama itu harga RM180,000.

"Motorsikal LC berharga RM10,000, padahal harga motor arwah beli RM5,300 sahaja. Siapa pakai motor dia tahulah.

"Okey ini yang paling orang ramai nak tahu sampai tuduh saya makan harta anak yatim; duit di dalam akaun arwah. Arwah ada dua akaun bank dan setelah dicampur kedua-dua akaun jumlahnya RM84,000.

"Sebelum ini orang sibuk kata duit arwah berjuta-juta dan saya makan duit arwah. Kalau ada bukti saya makan harta anak yatim, buktikan..." jelasnya.

Bagaimanapun tambah Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, dia sangat bersyukur apabila mendapat surat jawapan saman daripada pihak Hidayah sehingga melakukan sujud syukur.

"Sebelum ini dia (Hidayah) kata saya keluar sehelai sepinggang dan hanya fikir anak. Tapi dalam surat balasan saman, dia mengaku sudah keluarkan RM10,000 dari akaun bank arwah sehari selepas arwah meninggal.

"Kalau betul ambil, mengaku sahaja. Jangan cakap keluar sehelai sepinggang. Tak baik menipu, yang kena maki saya.

"Kemudian dia mengakui mengambil empat utas jam tangan arwah. Dalam surat sama terdahulu, dia kata saya fitnah dia ambil jam tangan arwah," ujarnya.

Ali berkata isu pembahagian harta faraid ini sebenarnya boleh diselesaikan secara baik sekiranya Hidayah sudi untuk duduk semeja berbincang.

Malah dia juga turut merasa terkilan kerana Hidayah dilihat seperti tidak sabar berkaitan isu pembahagian harta ini.

"Saya sedar kedudukan saya, saya tahu agama. Tak ada apa yang menjadi milik saya, cuma saya wakil kepada dua lagi waris arwah iaitu ibu dan ayah saya.

"Harta faraid masih belum diuruskan dengan baik memandangkan pihak sana tidak ambil tahu melainkan hanya saman. Dalam masa sama, ia tertangguh akibat PKP.

"Benda ini kecil. Kalau kita duduk satu meja bincang. Perkara ini selesai. Malu dekat orang. Cuma yang kena saya. Macam-macam makian saya kena.

ABAM-HIDAYAHAbam mendirikan rumah tangga pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang kini berusia setahun.

Terdahulu, sebutan kes saman difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. Saman itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Hidayah tidak berjaya kerana dia tidak menjawab semua panggilan telefon dan mesej.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca