TIDAK hanya menjadi inspirasi daripada populariti yang dikecap sebagai anak seni, pelakon Anzalna Nasir juga dipuji memiliki keperibadian terpuji apabila sangat dekat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Sentiasa prihatin dengan golongan tidak bernasib baik, terutamanya golongan ibu tunggal dan kanak-kanak, bintang drama Dendam Aurora itu sentiasa terbuka berkongsi rezeki.

“Kongsi rezeki itu adalah antara cara mensyukuri apa yang Tuhan berikan untuk kita dan bukanlah saja nak tunjuk baik. Saya pun menghulurkan bantuan mengikut kemampuan diri sahaja.

“Kalau boleh saya nak bantu semua orang, tetapi mungkin ketika ini saya lebih terarah kepada kanak-kanak dan ibu tunggal.

”Mungkin kerana status saya sebagai seorang ibu, saya jadi mudah tersentuh melihat anak-anak yang perlukan bantuan. Saya sedih bila tengok mereka tidak cukup keperluan sepert susu dan lampin, ujarnya.

Anzalna, 35, yang ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya selaku wajah kempen Flora Nostalgia Raya oleh Isetan Kuala Lumpur baru-baru ini turut berhasrat untuk menyumbang pakaian raya untuk anak-anak yatim sempena Syawal nanti.

“Saya sangat gembira bila dapat tahu pertolongan kecil saya itu sangat besar ertinya pada orang lain, malah membahagiakan kehidupan mereka.

“Terharu bila ramai yang sentiasa kirimkan doa buat saya dan keluarga,” katanya.

Iklan

Meski kadang-kala berdepan dengan mereka yang suka mengambil kesempatan dan cuba menipu, ibu kepada dua anak itu tetap positif dan berusaha memberikan yang terbaik.

“Biasalah dalam hidup ini, memang akan ada orang yang suka ambil kesempatan. Pada mulanya saya kecewa juga bila jumpa orang seperti ini. Mereka menutup peluang orang lain yang lebih berhak.

“Bagaimanapun bila fikir balik, niat saya ikhlas membantu. Jadi hal-hal lain, biarlah itu menjadi urusan dia dengan Tuhan,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.