Kalau dah tak mahu jadi artis, sila buat pengumuman – Ibu Aiman Tino

Aiman Tino
Aiman Tino
A
A
A

IBU kepada penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa kesal dengan sikap anaknya yang dikatakan berubah sikap sehingga mengabaikan keluarga dan kerjaya.

Pendedahan tersebut dilakukan Hazelina atau turut dikenali sebagai sebagai Riena menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya pada Isnin.

“Kalau dah tak mahu jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami.

“Macam itulah kalau dah dikongkong perempuan. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen televisyen cari.

“Harap maklum pada yang berkenaan,” ujarnya.

Hantaran yang dimuat naik ibu penyanyi Ku Rela Di Benci itu ternyata mengejutkan ramai pihak, sekali gus mengundang tanda tanya ramai, apakah yang sebenarnya berlaku.

Apatah lagi, Riena turut membuat hantaran yang berbunyi seakan memberi amaran kepada seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan Aiman dan didakwa mengongkong hidup penyanyi itu.

“Aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan...

“Instagram Aiman bukan Aiman jaga. Kau yang buka semua. Rahsia kau dah pecah, katanya.

Bagaimanapun, Aiman menerusi sebuah laporan media berkata, apa yang berlaku itu hanyalah salah faham dan mengakui ia berpunca daripda kesilapannya sendiri.

Malah Aiman juga memaklumkan sudah pulang ke rumah keluarganya untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

 

(FOTO: Instagram Aiman Tino)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca