Kalau kelakar kita gelak – Uqasha Senrose

UQASHA SENROSE
UQASHA SENROSE
A
A
A

KEMUNCULAN pelakon Uqasha Senrose sebagai salah seorang juri program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang baru sahaja membuka tirai pada Jumaat lalu ternyata mencuri perhatian ramai.

Menurut Uqasha, biarpun tidak terlibat secara langsung dalam bidang komedi, namun dia sebenarnya merupakan peminat tegar program komedi kegemaran ramai itu.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan pada saya untuk menggalas tugas sebagai juri tetap untuk program yang cukup hebat ini.

“Bertahun-tahun saya menjadi pengikut setia Maharaja Lawak dan tak pernah ketinggalan kerana terhibur dengan persembahan daripada peserta yang hebat-hebat belaka.

“Tahun ini saya jadi salah seorang daripada juri program ini. Saya rasa sangat teruja dan tidak sabar untuk untuk tengok semua peserta memberikan yang terbaik,” ujarnya menerusi perkongsian di laman Instagram.

Bagaimanapun, Uqasha dalam masa sama menegaskan dia bukanlah seorang pelawak dan hanya akan menilai peserta terlibat dari kaca mata seorang penonton biasa.

“Saya bukan seorang pelawak untuk menjuri atau mengkritik tentang melawak yang bukan dalam bidang saya, tapi sebagai mata-mata penonton dan seorang pelakon.

“Saya nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak otai kita. Kalau kelakar kita gelak,” kata bakal pengantin itu.

Selain Uqasha, kerusi panas juri tetap MLM2021 turut diisi oleh Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan juri misteri, Sang Bara.

Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, MLM2021 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan menerusi saluran Astro Warna (107), setiap Jumaat, jam 9 malam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca