PELAKON Datuk Aaron Aziz kesal dan penat dengan kecaman berterusan yang diterimanya di media sosial.

Mengakui penat dengan apa yang berlaku, Aktor 47 tahun itu mempersoalkan apakah kesalahan yang dilakukan sehingga mengundang rasa tidak puas hati terhadap orang lain.

“Apa kesalahan saya? Saya ada aniaya orang ke? Saya ada zalimi orang ke? Saya menyusahkan hidup orang ke? Kenapa tak henti-henti kecaman.

“Saya manusia biasa. Adakah kalau saya mengalami depression atau lagi teruk baru kalian puas hati? Saya dah penatlah. Tolong jangan ganggu saya,” katanya menerusi satu luahan di laman Instagram.

Tindakan undang-undang

Sementara itu, isterinya, Datin Diyana Halik turut menyatakan rasa sedihnya apabila pelakon Ombak Rindu itu terus menjadi mangsa ‘body shaming’ di media sosial.

Menurut Diana, sebelum ini suaminya itu hanya mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, apabila situasi tersebut masih berterusan sehingga mengganggu kehidupan, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Malah Diyana menerusi satu muat naik hantaran di Instagram miliknya juga turut bertanyakan tentang khidmat peguam kepada para pengikutnya.

“Nak tanya ada tak recommendation for lawyer? Berbulan-bulan suami saya kena bodyshamed. Kirakan baik juga suami saya all these while dia tak buat apa apa.

“Tak saman, tak apa orang yang insult dia. Dia cakap tak apalah, doa saja. Positive vibe. Tapi kali ini, what is the motive of doing so?” Soalnya.

Iklan

Luahan Diyana itu merujuk kepada sebuah portal yang menyiarkan foto berbentuk sindiran antara Aaron dan pengarah Syamsul Yusof susulan suaminya menerima jemputan bertemu dengan aktor Hollywood, Chris Hermsworth dalam satu acara anjuran Netflix baru-baru ini.

“Everyone has moved on. Tiba-tiba nak api-apikan and bodyshame lagi dan lagi. So this time, my husband can’t be oppressed anymore, i can’t take this bodyshamming no more.

Iklan

“Something so happy and positive get twisted like this. Goodness. Mendatangkan dosa buat apa ya. Tak faham,” luahnya kesal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi