'Kami dah beri pendapat tapi terpulang....' - Achey sedih isu saman Ali, Hidayah

Untitled design (17)
Untitled design (17)
A
A
A

PELAWAK, pelakon dan penyanyi, Achey mengakui sedih apabila mengetahui pertelingkahan membabitkan balu Allahyarham Abam iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali dan adik iparnya, Ali Puteh semakin serius.

Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia sangat berharap mereka dapat menyelesaikan perkara itu secara baik demi kebaikan anak tunggal Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia setahun.

“Kalau ikutkan saya tak nak komen. Kalau tanya perasaan memang sedih. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan secara senyap-senyap, berhemah dan mengikut hukum Islam.

"Tak cantik disimpan benda ini (kes saman-menyaman) untuk masa hadapan untuk anak yang sedang membesar. Nanti dah besar dia akan sentiasa tertanya-tanya siapa betul, siapa salah.

“Bagi pihak saya dan Fad, siapa kami untuk masuk campur. Kami hanya sahabat arwah dan kalau melibatkan keluarga siapalah kami untuk masuk campur.

"Cuma saya boleh menegur, carilah sebaik-baik cara. Jangan sampai orang di luar sana menilai apa yang bagus dan tidak situasi ini berlaku.

"Dalam masa sama bila isu ini timbul, kita ambil pengajaran dan juga beringat agar perkara sama tidak berlaku pada diri sendiri atau keluarga pada masa akan datang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem televisyen (FTV) lakonannya, Frontliner yang berlangsung di Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Achey, dia dan Fad sudah dah cuba menasihati kedua-duanya tapi masing-masing ada hak mereka.

"Macam saya cakap, siapa kami untuk masuk campur. Kami dah beri pendapat tapi terpulang pada mereka. Sekarang kami hanya bertanya khabar sahaja.

"Mungkin mereka boleh ambil kira juga nasihat yang dikongsikan oleh netizen berkaitan isu ini kerana mungkin ada yang pernah melalui situasi sama," jelasnya.

Isu pengeseran Hidayah dan Ali kembali diperkatakan ramai selepas Ali mengakui memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya itu.

Ali juga mendedahkan menerima saman pertama berjumlah RM900,000 daripada Hidayah hanya selepas 15 hari arwah abangnya meninggal.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari menghidap demam panas. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gombak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca