“Kami memilih mendahulukan urusan keluarga…” – Ayah Lan Solo meninggal dunia

Untitled design (27)
Untitled design (27)
A
A
A

ISTERI kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila Hassim memaklumkan khabar duka pemergian bapa mentuanya, Mohamed Yusof Isa pada pagi Rabu.

Menurut Sheila menerusi akaun Instagram miliknya, arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak pada jam 4 pagi tadi.

“Akhirnya selesai sudah urusan dunia ayah mentua saya. Kami memilih mendahulukan urusan keluarga.

"Sudilah kiranya kalian sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Untuk semua kaum keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami keadaan ketika ini. Terima kasih banyak-banyak. Hanya kalianlah pembangkit semangat buat kami ketika masa-masa begini.

“Sepanjang hari ini kami akan sedikit sibuk untuk urusan pengebumian. Insya-Allah mohon semuanya diberi kelancaran,” ujarnya.

Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, pada Ahad lalu berkongsi mengenai keadaan bapanya yang perlu dikejarkan ke hospital kerana kesihatan kurang sihat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca