Kami sah bercerai pada Mei tahun lalu – bekas isteri Aman RA dedah status perkahwinan

AMAN RAI CERAI
AMAN RAI CERAI
A
A
A

SELEPAS hampir setahun status rumah tangga penyanyi rap Aman RA menjadi tanda tanya, akhirnya bekas isterinya, Natiqah Rahmat mendedahkan mereka telah sah bercerai pada Mei tahun lalu.

Pendedahan tersebut dilakukan Natiqah, 31, menerusi temubual sebuah program hiburan popular pada Isnin, selain turut berkongsi menerusi satu hantaran yang dilakukan di Instagram miliknya pada hari sama.

“Semuanya dah selesai. Kami kami sah bercerai pada Mei tahun lalu. Sekarang kita tengah tunggu pembubaran perkahwinan secara hitam putih.

“Kita berdua setuju buat masa sekarang, hak penjagaan anak sepenuhnya pada saya. Cuma saya menyedari keputusan itu mungkin akan berubah di kemudian hari dan saya terbuka untuk berdepan dengan benda-benda yang macam tu,” ujarnya yang mengakui perceraiannya disebabkan orang ketiga.

Dalam pada itu, jelas Natiqah, dia tidak bermaksud untuk memperbesarakan perkara itu, namun ia sekadar penjelasan kepada isu yang hangat diperkatakan sebelum ini.

“Bukanlah nak besarkan, sekadar nak tutup apa yang telah dibuka sebelum ini. Saya belajar untuk bersuara, untuk terbuka, untuk berdepan realiti dan terima realiti dalam keadaan bergelut dengan bermacam emosi. Saya bukan orang yang saya kenali selama ini.

“Siapa salah siapa betul, siapa yang mula siapa yang melaratkan semua itu, dah jadi sejarah. Segala jasa baik, segala tindakan yang tak disenangi, saya serahkan segalanya kepada yang Maha Esa,” ujarnya.

Biarpun begitu, tambah Natiqah, apa yang berlaku itu bukanlah pengakhiran buat kehidupannya. Sebaliknya ibu kepada dua anak itu sentiasa positif melangkah ke depan.

“Memang betul banyak sangat kesan apabila struktur kekeluargaan hancur tetapi ini bukan pengakhiran kehidupan. Masih ada banyak pilihan kehidupan, masih ada banyak jalan dan masih ada lagi masa jika diberi ALLAH rezeki umur yang panjang.

“Saya dengan rasa rendah diri minta maaf kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya saya manusia biasa yang banyak kekurangan.

“Saya belajar sebagai seorang ibu, sebagai seorang anak, sebagai seorang ahli keluarga dan sebagai seorang wanita. Banyak saya belajar walaupun perjalanannya sukar. Apa yang penting saya belajar daripada apa yang terjadi.

“Dengan itu juga saya hanya mahu pandang ke hadapan. Tak mahu lagi toleh kebelakang. Segala yang terjadi telah saya anggap sebagai sejarah yang menjadi pengajaran untuk saya menjadi lebih baik untuk masa hadapan,” katanya.

Terdahulu awal Februari tahun lalu, kisah rumah tangga Aman RA hangat diperkatakan ramai apabila tular pendedahan yang dibuat seorang wanita yang mendakwa penyanyi itu berlaku curang dengan wanita lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca