FILEM komedi Kampung Latah Kena Kuarantin yang ditayangkan menerusi platform Astro First sejak 9 September lalu telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.

Setakat ini, filem tersebut telah berjaya mengutip lebih RM1 juta dan rata-rata penonton yang berkongsi reaksi di media sosial menyatakan rasa terhibur dan tidak henti bergelak tawa dengan adegan-adegan dalam filem tersebut.

@anissue74 : “Best la cerita ni..ni tgh tengok lg dah 8 kali tgk x boring asyik gelak ja”

@ana_banilla : “Best sgt dh tgok mmg berdekah”

@aniza8974 : “Mmg best.kelakar gila..tahniah”

@suzananatasin : “Congratulations terbihubur hilang stress tengok movie ni”

Penerbit Kampung Latah Kena Kuarantin & Wakil Megapine (M), Hazil Izham Ismail melahirkan rasa syukur di atas sambutan positif yang diberikan oleh penonton terhadap filem terbitannya.

“Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Finas dan Astro di atas peluang yang diberikan menerusi dana Program TV/OTT.

“Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah melanggan filem Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro First. Kejayaan ini mendorong semangat buat kami untuk terus berkarya dan menghasilkan lebih konten yang variasi serta berkualiti,” ujarnya.

Kampung Latah Kena Kuarantin menjadi filem tempatan pertama yang  mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita serta menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah spontannya dan lebih menarik ia tidak pernah disaksikan dalam mana-mana filem sebelum ini.

Antara pelakon utama yang terkenal dengan latahnya adalah adalah Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah.

Selain itu, pelakon lain yang turut menjadi teraju filem ini ialah Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad.

Filem ini diperhebatkan lagi dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab).

Iklan

Kampung Latah Kena Kuarantin mengisahkan sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.

Ajin (Azhan) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia), Eton (Ieda) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong.

Iklan

Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya). Tetapi Apoi (Joey) terlebih dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Dek tidak berpuas hati, Apoi bersama konconya telah melakukan khianat sehingga menyebabkan seluruh kampung diserang sindrom melatah yang tidak terkawal.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan Kampung Latah Kena Kuarantin di Pawagam Rumah Anda, Astro First.