PARA peminat siri kartun popular Tom dan Jerry, bakal menikmati lebih banyak lagi kerenah kucing dan tikus ikonik itu menerusi siri dan filem pada bulan Februari dan Mac yang akan disiarkan di TV, aplikasi streaming dan pawagam.

Sebagai tambahan kepada tayangan teaterikal filem Tom & Jerry, terbitan Warner Bros. Pictures yang bakal ditayangakan tidak lama lagi, terdapat pelbagai aktiviti menarik buat peminat dan penonton termasuk peluang memiliki barangan bertema, pengaktifan dalam talian dan pertandingan.

Penonton juga disajikan dengan tayangan semula cerita klasik seperti Wizard of Oz, Sherlock Holmes dan Robin Hood pada jam 11.30 pagi, setiap hari, bermula 6 Februari depan, di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD/635) dan Astro On Demand.

Selain itu, penonton juga boleh bertukar ke saluran Boomerang (Astro Ch 619/UnifiTV Ch 555) untuk menonton rancangan The Tom and Jerry Show setiap hari, jam 6 petang dan pelbagai siri Tom and Jerry dari Mac hingga April.

Tidak ketinggalan, para pelanggan HBO GO juga akan menikmati pakej istimewa set kotak The Tom and Jerry Show musim 1 hingga 4 dan filem-filemnya secara penstriman bermula 1 Februari.

Raikan dua karakter melucukan ini ke hantaran status Facebook dan Instagram dengan menggunakan #TomAndJerryChallenge bermula sekarang sehingga 11 Februari.

Muat turun templat menerusi cartoonnetworkasia.com/promo/tomandjerrychallenge dan masukkan foto atau video diri anda atau haiwan kesayangan untuk membuktikan bagaimana Tom dan Jerry boleh hidup dalam dunia anda. Hantaran status paling kreatif akan memenangi tiket filem Tom & Jerry dan barangan menarik.

Filem Tom & Jerry yang bakal ditayangkan tidak lama lagi itu akan membawa Tom dan Jerry ke New York, di mana kehadiran Jerry di sebuah hotel mewah mencetuskan pengejaran si tikus ini secara besar-besaran.

Iklan

Bagaimanapun, keadaan menjadi kucar-kacir apabila Kayla, pekerja baharu hotel, mengupah pemuzik ‘wannabe’ Tom dan kucing lorong untuk menyingkirkan Jerry.

Tidak lama kemudian, Tom dan Jerry bersekongkol untuk berdepan masalah yang lebih besar lagi: kakitangan yang cemburu ingin mewujudkan masalah untuk ketiga-tiga mereka.

Iklan

Filem animasi komedi pengembaraan ini diarahkan oleh Tim Story dan dibintangi Chloë Grace Moretz, Michael Peña, Ken Jeong, Rob Delaney dan Colin Jost.

(FOTO: Cartoon Networks)