Karok Lockdown : Serlahkan bakat menyanyi anda di musim PKP      

A
A
A

PERLU menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Bukan hanya tidak boleh keluar seperti biasa, aktiviti sosial juga tersekat kerana situasi semasa.

Justeru Media Hiburan mengambil insiatif dengan menganjurkan pertandingan nyanyian, Media Hiburan Karok Lock Down khas buat anda yang hobinya menyanyi.

Tidak perlu ke mana-mana pusat karaoke pun, tapi anda boleh menunjukkan bakat nyanyian terpendam secara dalam talian sahaja.

Dengan yuran pendaftaran serendah RM10, anda berpeluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300, RM200 dan RM100.

Setiap peserta perlu merakam aksi nyanyian menerusi aplikasi Smule. Perlu diingatkan pertandingan ini hanya dibuka bagi ketegori nyanyian solo dan penyertaan terbuka buat warganegara Malaysia berumur 18 hingga 50 tahun.

Peserta bebas untuk memilih apa jua jenis lagu tetapi hendaklah mempunyai unsur-unsur positif. Lagu pula hendaklah dinyanyikan di dalam bahasa Melayu dan Inggeris sahaja.

Lebih menarik, para pemenang turut berpeluang muncul di website dan juga YouTube Media Hiburan.

Jadi, tunggu apa lagi? Hantarkan pendaftaran anda segera menerusi pautan https://toko.ideaktiv.com/product/karok-lockdown/ sebelum 31 Julai ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca