KECEWA apabila ramai yang menghina rupa fizikal rakan baiknya, Amylea, penyanyi Shila Amzah tegur netizen agar mempertimbangkan buruk baik komen mereka di laman sosial.

Body shaming juga dikenali sebagai kecam badan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia bermaksud kritikan berdasarkan bentuk, saiz, atau rupa tubuh seseorang.

Terdahulu dalam hantaran di Instagram Story, Amylea meluahkan tentang hal itu.

“Banyaknya orang komen tentang rupa paras saya, they can not accept my odd look.

“Lense (kanta lekap) saya boleh pakai biru, hijau atau purple. I can also pull off odd lip colours, black, blue, green, purple, dark brown. Can you?

“I am just exotic bae. #stopbodyshaming,” titip Amylea.

Baca juga: Merendah-rendahkan orang ibarat seperti makan bangkai saudaranya yang sudah mati

Penyanyi Shila Amzah menerusi laman sosial Instagram turut menegur netizen yang gemar merendah-rendahkan keadaan fizikal seseorang.

Baca juga: Jangan mendongak atau mengeluh, lihatlah orang yang lebih rendah daripada kita untuk belajar bersyukur

“My baby is the prettiest. Jangan nak body shame macam orang tak ada otak eh. Please think before commenting. I hate this kind of people. I love you @amyleaazizan,” tulis Shila.

Memetik Majlis Keselamatan Negara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkongsi body shaming adalah jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan menghina rupa fizikal seseorang di mana-mana perkhidmatan aplikasi boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) 9 (a) (b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, pelaku boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Manakala kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun.

Iklan

Sementara itu bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula, individu yang didakwa boleh didenda tidak melebihi RM100.

Baca juga: Kerap guna filter, tak yakin bentuk badan sendiri petanda masalah mental BDD

Usah memandang rendah kesan kecam badan ini kerana boleh memberikan kesan negatif kepada mangsa. Ia boleh menimbulkan stres dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan dan kejadian bunuh diri.

Iklan

Justeru gunakan media sosial dengan berhemah. Sentiasa peka dengan sensitiviti orang sekeliling dan hapuskan body shaming.

Sumber: Instagram Amylea Azizan, Shila Amzah, MKN

Baca juga: (Video) Borak Bibir Merah Siri 9: Body Shamming: Dah biasa, tapi salah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan