SELEBRITI YouTube terkenal Indonesia, Atta Halilintar menafikan dakwaan bahawa keluarganya telah melanggar SOP (prosuder operasi standard) dan telah dihalau dari Malaysia.

Memetik laporan  InsertLive, Atta berkata, berita tersebut adalah palsu dan kedua ibu bapanya dalam keadaan baik.

“Tidak itu cuma gossip sahaja.  Keluarga saya tidak dihalau dan mereka tetap menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat setempat.

“Jika kita berpindah ke suatu tempat, kami pentingkan kesejahteraan bersama, apatah lagi keluarga saya memang ikut peraturan,” katanya.

Pada masa sama, Atta turut memberitahu bahawa individu yang  menyebarkan gosip berkenaan telah pun meminta maaf.

“Cerita itu hanya rekaan dan individu yang membuat fitnah itu sudah pun memohon maaf,” jelasnya.

Iklan

Terdahulu seorang individu mendakwa bapa Atta, Halilintar Anofial Asmid dan ibunya, Lenggogeni Faruk, melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Situasi itu menyebabkan ramai pihak tidak senang dengan kehadiran mereka di Malaysia dan bertindak membuat petisyen agar menghalau keluar keluarga Atta dari Malaysia.

Iklan

Ketika ini, ibu dan bapa Atta berada di Malaysia dan disebabkan pandemik Covid-19 dan tidak bertemu sejak setahun lalu.

Atta dan Aurel bersama Krisdayanti (kiri).

Atta merupakan selebriti YouTube yang mempunyai pendapatan tertinggi di Indonesia dan telah berkahwin dengan anak Krisdayanti dan Anang iaitu Aurel Hermansyah