Keluarga Iskandar The Movie ditayangkan di Astro First
DRAMA bersiri keluarga paling berpengaruh bagi saluran Astro untuk dua musim yang pernah dinobatkan sebagai Siri Televisyen Komedi Terbaik bagi Anugerah Lawak Warna selama dua tahun berturut-turut kini kembali menerusi filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM).
Filem Wan Hasliza Wan Zainuddin itu akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 mulai 16 Julai ini.
Meskipun awalnya ia dirancang untuk tayangan di pawagam, namun istimewa buat penonton Astro, mereka boleh menonton kesimbungan siri komedi popular ini di pagawam di rumah.
KITM masih menerapkan latar tentang kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat sebagai rencah utama filem.
Menariknya, KITM akan merungkai segala persoalan yang tergantung dalam siri sebelumnya serta ia dipadatkan lagi dengan babak-babak yang mampu membuat penonton tidak senang duduk, tak kering gusi dan juga menitiskan air mata.
Sebahagian besar barisan pelakon KITM terdiri daripada pelakon-pelakon asal siri kegemaran ramai itu. Antaranya adalah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar dan lain-lain.
Selain itu, ia turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas para pelakon lain seperti Nabila Razali, Ajak Shiro, Zarina Zainuddin dan Amy Mastura.
Menerusi tayangan di Astro First, penonton hanya perlu membayar RM15 dan boleh menonton filem ini selama 48 jam atau dua hari secara berulang-ulang.
(FOTO: Astro Shaw)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang