Keluarga sedih, enggan anak terus disakiti. Bekas pekerja dedah bapa mahu Lesti Kejora berpisah
SEORANG bapa pasti tidak sanggup melihat anak disakiti. Bapa penyanyi Lesti Kejora, Endang Mulyana dilaporkan mahu anaknya itu memfailkan penceraian terhadap menantu, Rizky Billar.
Susulan keganasan rumah tangga yang didakwa Lesti baru-baru ini, Tribun News melaporkan Endang Mulyana seolah tidak lagi dapat memaafkan kelakuan menantunya itu.
Perkara ini didedahkan oleh bekas pekerja pasangan itu bernama Mapud menerusi temu ramah saluran YouTube Cumicumi.
Dalam video yang tular itu, Mapud menjawab pertanyaan orang ramai mengenai situasi rumah tangga Lesti Kejora dan Rizky Billar selepas kes berkenaan menjadi tular.
"Daripada (reaksi) orang tua, mereka menyuruh bercerai. Orang tua Lesti minta cerai," kata Mapud.
Baca juga: Lesti Kejora dakwa bola snuker hampir hinggap di kepala, rupanya biasa dikasari Rizky Billar
Malah kata Mapud, si bapa sanggup menanggung risiko berikutan penceraian anak perempuannya berkaitan isu aset bercampur.
“Apabila berkahwin macam-macam aset (dikongsi bersama). Maka kalau bercerai pun, harta itu akan berbelah bahagi,” jelas Mapud.
Dalam pada itu, lelaki itu turut berkata, keluarga Lesti termasuk ibu dan bapanya bersedih dan menangisi keganasan rumah tangga yang menimpa penyanyi itu.
“Reaksi keluarga Lesti amat sedih dengan kejadian ini, ibu dan ayahnya turut menangis,” jelasnya.
Juara Dangdut Academy Musim Pertama itu ternyata tidak mahu lagi tinggal bersama Rizky Billar selepas dakwaan keganasan rumah tangga.
Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos
Berita tersebut terdahulu didedahkan Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Endra Zulpan.
Zulpan berkata, Lesti yang trauma dengan keganasan dialami menyebabkan ibu kepada Muhammad Leslar Al-Fatih Billar itu keberatan untuk tinggal serumah dengan suaminya. Lesti dilaporkan tidak pulang ke rumah Rizky di Cilandak Barat, Jakarta Selatan sebaliknya ke lokasi yang dirahsiakan.
Dalam perkembangan terkini, panggilan untuk memberi keterangan yang ditangguhkan Rizky pada Khamis lalu akan dijadualkan semula oleh pihak polis.
Ketidakhadiran beliau dilaporkan kerana gangguan psikologi susulan kecaman hebat yang diterimanya di media sosial.
Aktor berkenaan diminta memberi kerjasama dengan menghadiri agenda pemeriksaan pada minggu hadapan. Jika tidak, kata Zulpan penyiasat akan melakukannya secara paksa.
“Sesuai dengan peruntukan Kanun Acara Jenayah, jika saman kali kedua tidak datang, individu boleh dijemput.
"Kami berharap dengan kenyataan peguam Rizky, Khamis depan 13 Oktober orang berkenaan (Rizky) dapat memenuhi prosedur penyiasatan," sambung Zulpan.
Awal Oktober lalu, kisah rumah tangga pasangan selebriti itu menjadi tular selepas Lesti membuat laporan polis apabila menjadi mangsa kekerasan Rizky yang dipercayai curang.
Rizky yang berang dengan tuduhan tersebut didakwa bertindak di luar kawalan dengan menghempas dan mencekik leher penyanyi itu berulang kali.
Baca juga: Baim Wong, isteri ‘prank’ polis demi konten konon ada keganasan rumah tangga tampil mohon maaf
Sumber: Tribun News, CNN
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang