Kemalangan dengan jentera salji, Jeremy Renner semakin pulih
PELAKON popular, Jeremy Renner dilaporkan semakin pulih selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 2 Januari lalu.
Selepas berkongsi gambar terkininya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa lalu, Renner yang dikenali dengan watak Hawkeye dalam francais Avengers memuat naik videonya menerima layanan seperti spa dari katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital menerusi InstaStories.
"Momen spa di dalam ICU untuk meningkatkan lagi semangat saya. Terima kasih mama. Terima kasih kakak. Terima kasih semua. Untuk kasih sayang anda," coretnya.
Dalam video sama, kedengaran Renner mengatakan : "Mandian pertama selepas seminggu," ujar Renner perlahan sambil menunjukkan aksi kakaknya mengurut kepalanya seperti di spa.
Difahamkan setakat ini, Renner sudah menjalani dua pembedahan dan semakin pulih selepas digilis dengan jentolak PistenBully seberat 6,350 kilogram, ketika cuba membersihkan salji tebal yang melanda rumah peranginannya di Reno, Nevada, Amerika Syarikat.
Dalam kejadian Isnin lalu, Renner mengalami kecederaan parah di dada termasuk patah tulang rusuk sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki helikopter.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang