Kembali aktif menyanyi. Follow with the flow. Adira Suhaimi tidak terfikir mahu beritahu anak konflik bersama suami

A
A
A

“SAYA tak pernah terfikir nak beritahu anak-anak bagaimana. Saya follow with the flow. Kita enjoy the moment. Saya rasa anak-anak akan faham sendiri.

“Tiada kurang apa pun dekat anak-anak dari segi kasih sayang ayah atau ibu. Masih lagi ada,” demikian komen daripada Adira berkenaan konflik hubungan rumah tangganya.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan perceraian dengan suaminya, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan pada 25 Oktober tahun lalu.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat kemudian menetapkan 5 Mac depan bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai yang dilantik Adira dan suami berhubung proses perceraian mereka.

Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Adira ketika ditemui SinarPlus semasa acara Glam Lebaran NONA semalam memberitahu, beliau kini kembali aktif menyanyi dan mula berbisnes.

“Sebenarnya sudah lama tapi mulai tahun ini lebih fokus.

“Selain daripada menyanyi, saya berlakon sikit-sikit kalau kena tempat dan tak jauh daripada anak-anak,” tuturnya yang menjual produk lip color, perfume dan juga tudung malas Ami.

Baca juga: ‘Sedar diri dan tahu kedudukan.’ 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu

Beliau yang anggun menggayakan abaya putih dengan perincian mewah inspirasi timur tengah daripada MINAZ hadir menghiburkan tetamu pada acara tersebut.

Menjelang Ramadan, SinarPlus mengambil kesempatan bertanya mengenai persiapan dirinya bersama empat orang anaknya.

Ujar pelantun lagu Milik kita tersebut, beliau tidak memaksa anak-anaknya untuk berpuasa.

Walaupun sudah diajar di sekolah, Adira memberi pendedahan berkenaan cara berpuasa melalui rancangan televisyen kanak-kanak.

Baca juga: Rupa-rupanya ini rahsia kulit putih gebu cara Adira Suhaimi. Tetap langsing dan cantik walau sudah punya 4 anak!

“Kadang saya bawa anak pergi bersahur. Tapi saya tak paksa. Kalau tahan Alhamdulillah, kalau tak tahan pun tak apa sebab mereka masih kecil.

“ Anggrek dan Asan dah boleh faham. Cuma saya tidak terlalu paksa,” ujarnya yang sering memuat naik video spontan aktiviti bersama anak-anaknya di sosial media.

Baca juga: 4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

Baca juga: “Lama-lama jadi opera cina, confident macam mak dia.’ Keletah anak Adira bikin warga maya geli hati

Dalam pada itu, bersempena Hari Wanita yang akan disambut pada 8 Mac nanti, Adira turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia terutama ibu, guru dan anak-anak perempuannya.

“Semoga menjadi wanita yang tabah, kuat, tenang dan bijak mengambil keputusan,” katanya sebelum menutup bicara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca