PENYANYI popular era 1980-an, Datuk Siti Fairuz kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan seorang usahawan, Syed Mohamed Syed Ismail, 72, pada Selasa.

Menurut Siti Fairuz, 59, perkenalan dengan suami bermula sejak enam bulan lalu ketika bertemu di rumah kakak angkatnya sebelum menjadi rapat dan akhirnya memutuskan untuk disatukan.

“Semuanya urusan Allah. Sebenarnya kalau ikutkan, memang rasa serik nak berumah tangga lagi dan rasa selesa hidup bersama anak-anak dan cucu.

“Kita rasa kalau boleh tak nak dah, tapi saya tak menolak jodoh. Itu urusan Allah dan kalau Allah kata jadi, jadilah. Ikut saja aturannya,” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.

Tambah penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu itu, mereka sepakat untuk melangsungkan majlis pernikahan pada bulan Ramadan kerana inginkan keberkatan bulan mulia ini.

“Kami memilih untuk bernikah di bulan Ramadan sebab nak ambil berkat bulan Ramadan. Saya juga bersyukur apabila anak-anak kami menerima baik keputusan kami,” jelasnya.

Iklan

Difahamkan suaminya yang berasal dari Johor merupakan salah seorang peminat setia Siti Fairuz sebelum ini.

Terdahulu Siti Fairuz pernah dua kali berkahwin pada 1990 dan 2011, bagaimanapun kedua-duanya berakhir dengan penceraian.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi