Kembara Didi & Friends bersama MPO di DFP

konsert Didi & Friends Bersama MPO Mana Bingo
konsert Didi & Friends Bersama MPO Mana Bingo
A
A
A

WATAK kartun popular lokal, Didi & Friends bakal menghiasi pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bersama Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) menerusi sebuah persembahan istimewa dan eksklusif.

Konsert yang diberi nama Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo? itu akan berlangsung pada 22 Oktober depan, jam 2.30 petang.

MPO, yang diketuai oleh konduktor residennya, Gerard Salonga, akan membawa penonton mengembara bersama Didi, Nana & Jojo dalam usaha untuk mencari rakan comel mereka yang hilang iaitu Bingo.

Persembahan berdurasi satu jam yang diarahkan oleh Pat Ibrahim itu penuh dengan pengembaraan, gelak tawa dan muzik secara langsung bersama MPO. Konsert yang julung-julung kali diadakan itu dijangka bukan sahaja bakal menghiburkan hati peminat cilik, tetapi juga penonton dewasa.

Antara lagu-lagu Didi & Friends yang akan dipersembahkan pada konsert tersebut termasuklah Mengantuk Mumia, Chan Mali Chan, Kalau Rasa Gembira, Bingo dan lagu tradisional Eh Wau Bulan.

Istimewanya, kesemua lagu yang akan dipersembahkan itu digubah dan diberikan nafas simfoni baharu oleh MPO.

Didi & Friends merupakan animasi 3D berbentuk muzikal didik hibur pra sekolah nombor satu di tanah air, selain turut popular di segenap rantau ini termasuk Singapura dan Indonesia.

Tiket konsert Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo? dijual dengan harga RM108, RM148, RM168, RM188 dan RM288 (Meet & Greet). Pembelian boleh dibuat menerusi kaunter Box Office DFP atau laman sesawang MPO iaitu www.mpo.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca