Kempen Kita Malaysia #BaikSemula sebarkan semangat dan inspirasi menyambut bulan kemerdekaan

Kempen Kita Malaysia #BaikSemula
Kempen Kita Malaysia #BaikSemula
A
A
A

BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Media Prima Berhad mengajak seluruh rakyat Malaysia bangkit dan tabah berhadapan cabaran menerusi kempen Kita Malaysia #BaikSemula.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, seiring dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) akan mengaktifkan semula lagu #BaikSemula ciptaan Faizal Tahir yang dilancarkan pada awal tahun.

“Muzik video #BaikSemula versi baharu dihasilkan untuk memberi lebih impak dalam menyemarakkan kempen ini dan ia boleh ditonton di YouTube Alternate Records & Talents bermula hari ini.

“Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia berdiri kukuh untuk masa hadapan negara. Percayalah kita pasti dapat mencapai imuniti kelompok dan keadaan akan baik semula tidak lama lagi.

“Sepanjang tempoh kempen ini, pelbagai genre program menarik telah disusun dari berita, keagamaan, bual bicara, majalah sehingga ke drama untuk memberi inspirasi dan menyuntik semangat ke dalam sanubari kita,” ujarnya.

Sejak dilancarkan, lagu #BaikSemula nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju (K-Clique) menerima sambutan menggalakkan. Malah muzik videonya juga bertujuan memberi penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dalam menggalas tugas masing-masing dan usaha menghulurkan bantuan segera kepada mereka yang terkesan.

Muzik video #BaikSemula yang berdurasi 30 saat sedang rancak disiarkan menerusi semua platform Media Prima Berhad. Manakala video penuh #BaikSemula berdurasi tiga minit kini boleh ditonton di YouTube Alternate Records & Talents bermula 17 Ogos lalu.

Inisiatif #BaikSemula dilanjutkan lagi dengan kolaboratif istimewa bersama-sama TikTok, platform perkongsian video terbesar di China apabila Media Prima mengajak orang ramai untuk sama-sama menyebarkan semangat dan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menyertai cabaran #BaikSemula di aplikasi TikTok hingga 31 Ogos.

Inilah masanya untuk anda tonjolkan bakat anda di TikTok! Lip Sync lagu #BaikSemula dan 20 video paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa. Nantikan juga versi istimewa Muzik Video TikTok #BaikSemula berdurasi satu minit yang menampilkan 100 artis TikTok bermula 23 Ogos nanti.

Tidak hanya itu, TV3 juga bakal menyiarkan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula pada 28 Ogos 2021 bermula jam 10 malam hingga 11.30 malam yang akan dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana.

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 menjadi lebih bermakna apabila program itu turut memberi penghargaan tinggi kepada barisan petugas barisan hadapan dan atlet negara di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Antara tetamu yang akan ditemu bual ialah Datuk Azizulhasni Awang, Alif Satar, Aina Abdul, Khai Bahar, Shuib Sepahtu, Ismail Izzani dan ramai lagi.

Nantikan juga sajian program-program menarik sepanjang bulan Kebangsaan di TV3, TV9, 8TV dan ntv7.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca