DALAM kesibukan orang ramai membuat persiapan terakhir untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, Joox Malaysia tampil menyediakan pelbagai hiburan dan hadiah menarik untuk menggandakan kemeriahan perayaan ini.

Joox menyemarakkan sambutan Hari Raya tahun ini dengan melancarkan fitur terbaharu dan inovatif iaitu Joox Buzz.

Fitur tersebut membolehkan para pengguna setia Joox untuk berinteraksi dengan artis-artis kesayangan mereka melalui perkongsian video serta permainan istimewa yang akan dibawakan khas oleh artis ataupun kru JOOX.

Tidak hanya itu, pengguna fitur itu juga boleh bertemu dan berinteraksi bersama kelab peminat lain dan mewujudkan komuniti peminat untuk artis kesayangan mereka sebagaimana Kelab Peminat Faizal Tahir yang kini sudah berada di Joox Buzz.

Raikan Buzz Raya dalam tiga fasa

#1 Buka Puasa Dengan Siapa

Fasa pertama kempen Joox Buzz memperkenalkan Joox Buzz Filters iaitu sebuah filter Instagram yang membolehkan pengguna melakukan cabutan bertuah untuk mengetahui siapa artis yang akan menemani mereka untuk berbuka puasa.

Antara artis yang turut serta dalam kempen ini adalah Dolla, Ernie Zakri, Faizal Tahir, Kaka Azraff, Loca B, Nabila Razali dan Yonnyboii.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memuat naik video tersebut ke akaun Joox Buzz anda menggunakan #BPDSJOOX, untuk dilihat oleh peminat-peminat lain.

Pengguna dengan video yang paling menarik akan memenangi wang tunai RM100 dan makanan istimewa yang akan dihantar ke rumah mereka.

#2 Raya @ Buzz

Kemeriahan Hari Raya diteruskan dengan fasa kedua kempen Joox Buzz iaitu Joox Buzz Video Treasure Hunt.

Pengguna boleh berinteraksi dengan artis tempatan kegemaran seperti Aziz Harun, Kucaimars, Adam Lee, Bunga, Aisha Retno & Bonn, Harris Alif, Khodi, Qiff & Syabil dan ramai lagi.

Iklan

Artis-artis ini akan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan aktiviti peribadi mereka semasa Hari Raya di media sosial dan pengguna serta para peminat lain harus mencari jawapannya di video Joox Buzz artis tersebut dan menjawabnya di ruangan komen.

Pemenang yang dipilih oleh artis tersebut akan membawa pulang wang tunai RM100!

#3 Tanya Saya

Pengguna bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM100, tetapi juga dapat berinteraksi secara dekat dengan idola kegemaran mereka.

Iklan

Fasa ketiga kempen ini iaitu Tanya Saya, membolehkan pengguna berkongsi video mesej ataupun soalan anda untuk artis-artis yang menyertai kempen Joox Buzz seperti yang disebutkan di atas.

Menerusi pengenalan fitur Buzz ini, Joox membuktikan ia bukan sekadar platform penstriman muzik, tetapi juga sebuah medium yang membolehkan penggunanya membina komuniti peminat dengan kandungan khas untuk pengguna lain yang mempunyai minat sama.

Bukan itu sahaja, pengguna kini mempunyai lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan artis kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Raikan Hari Raya ini dengan pelbagai hiburan dan hadiah menarik yang di Joox. Nikmati fitur Buzz dan dengarkan muzik pilihan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop Joox di  Apple App Store dan Google Play Store atau layari laman sesawang Joox.