PENYANYI dan pelakon Arja Lee berkongsi berita duka kehilangan bapanya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun, sekitar jam 4.45 petang Sabtu.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 37, berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagramnya pada hari sama dengan memuat naik foto bersama arwah bapanya. Bagaimanapun punca dan butiran lanjut kematian bapanya itu tidak dinyatakan.

Pelakon filem …Dalam Botol itu turut meluahkan rasa terkilan apabila hasrat arwah bapanya untuk melihat dia mengenggam ijazah sarjana tidak kesampaian.

“Abah, kan adik dah bagi tahu,  abah kena ada, kena datang dan kena tengok scroll master adik tak lama saja lagi abah.

“Abah cakap hari tu abah nak tengok adik jadi pensyarah kan? Abah cakap abah selalu doakan adik dan semua anak anak abah berjaya dalam hidup. Itukan doa abah,” luah Arja.

Perkongsian tersebut turut meruntun hati apabila Arja dilihat tidak dapat menyembunyikan kesedihannnya atas kehilangan tersebut, malah mengakui belum bersedia untuk menerima kenyataan itu.

Iklan

“Hari ni (Sabtu), jam 4.45 petang tadi lepas Asar, kenapa abah pejam mata dan abah tak bangun-bangun?

Iklan

“Adik dah balik ni abah, nak jumpa abah. Abah kena peluk adik tau. Adik tak sabar nak jumpa abah,” ujarnya.

Berkongsi kesedihan sama, ruangan komen hantaran tersebut dihujani ucapan takziah dan kiriman doa buat Arja dan keluarga daripada peminat dan pengikut laman Instagramnya.