Kenapa ramai benci saya - Baby Shima

BABY SHIMA
BABY SHIMA
A
A
A

PENYANYI Baby Shima meluahkan rasa kesal apabila dirinya sering dijadikan sasaran dan bahan kecaman netizen yang seolah-olah cuba menyebarkan kebencian terhadap dirinya.

Menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya, Baby Shima, 29, yang turut mencipta nama di Indonesia berkata, dia tidak pasta apakah kesalahan yang dilakukan sehingga diperlakukan sedemikian.

“Kadang-kadang terfikir juga kenapa ramai benci saya sedangkan saya tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah anda semua. Tak pernah,” ujarnya.

Mengakui sudah tidak kuat untuk berdepan situasi itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pura Pura Bujang itu meminta netizen memahami situasinya.

“Terus terang saya cakap sudah tak kuat dengan apa yang saya dah lalui sekarang. Boleh tak anda semua rasakan apa yang saya rasa,” soalnya.

Menijau ruangan komen, ternyata perkongsian Baby Shima itu telah menarik perhatian para pengikut dan rakan-rakan selebritinya.

Masing-masing cuba memberikan kata-kata semangat buat Baby Shima dan meminta agar penyanyi itu tidak terlalu mengambil peduli apa yang diperkatakan netizen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca