Kenyataan disalah erti, Cliff Umar mohon maaf

Cliff Umar - SinarPlus
Cliff Umar - SinarPlus
A
A
A

PENYANYI Cliff Umar tampil membuat permohonan maaf apabila kenyataannya berkaitan penggunaan pelitup muka ketika mahu membuat ucapan kemenangannya selepas diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), disalah erti banyak pihak.

Vokalis Projek Pistol itu berkata, kenyataannya itu bukan bemaksud dia memperlekehkan penggunaan prosedur operasi standard (SOP), tetapi ia merujuk kepada situasi ketika itu di mana pelitup muka yang dipakai ketika itu mengganggunya untuk menyampaikan ucapan.

“Saya minta maaf. Apa yang saya maksudkan ialah pelitup muka itu mengganggu saya apabila nak berikan ucapan dan bukan tidak bersetuju dengan SOP yang ditetapkan.

“Bagaimanapun saya sekali lagi memohon maaf kerana cakap begitu dan tidak berniat membuat mana-mana pihak terasa hati,” jelasnya ketika sidang media GV7 sejurus program berakhir.

Terdahulu, kenyataan Cliff itu mengundang kecaman ramai di media sosial kerana ia disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak wajar serta tidak menjaga sensitiviti banyak pihak.

Terdahulu, Cliff diumumkan sebagai juara GV7, menewaskan enam peserta lain iaitu Muss, Ayu, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja dan Ashira di pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, pada Ahad.

 

(FOTO: Azrul Rafie – Astro)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca