Kepala terhentak, darah berkumpul dalam otak, bapa Hanis Zalikha dibedah. 'Kalau lewat boleh hilang upaya bercakap, bernafas & koma'
PEMPENGARUH dan usahawan, Hanis Zalikha berkongsi di laman sosial tentang keadaan bapanya, Zainal Rashid yang mengalami kecederaan pada kepala selepas terjatuh beberapa minggu lalu hingga mengganggu ingatan.
Isteri Hairul Azreen itu berkongsi menerusi Instagram memuat naik foto bapanya mendapatkan rawatan.
Menurutnya, selepas terjatuh lelaki itu terus dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan imbasan X-ray dan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) namun ia tidak menunjukkan sebarang masalah.
Namun menurut Hanis, pelbagai perubahan ditunjukkan menyebabkan beliau sendiri meragui tahap kesihatan bapanya.
Rupanya selepas dua hingga tiga minggu bapanya terjatuh, darah sudah mula terkumpul pada bahagian otak.
Baca juga: Mata, kepala terhentak di bucu katil, Fasha Sandha cedera ketika jayakan babak bersama Azhan Rani
"Bapa saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena hampir sebulan terjatuh, apabila tiba-tiba dia tidak dapat menggerakkan kaki kanannya.
"Macam lagging. Sebab dia jatuh dan terhentak dahi kiri. Apabila anggota sebelah kanan yang terjejas, kami tahu ia pasti melibatkan otak."Saya menjemputnya dan bertanya tentang perjalanannya ke Acheh baru-baru ini, dia berkata "Bila Daddy pergi Acheh?"
"Ya ALLAH. Bapa saya ini seorang yang seseorang yang sangat tajam dan berpendirian, tiba-tiba sangat blur dan slow, jawab sepatah demi sepatah.
"Jadi saya menghabiskan seharian menguruskannya, berunding dengan dua orang pakar dan seorang pakar bedah saraf. Bapa akhirnya dimasukkan ke wad pada malam itu untuk membuat persediaan menjalani pembedahan keesokan hari.
"Apabila dia memberitahu memandu ke hospital, saya jadi lebih risau. Bimbang lebih banyak memori hilang," kongsi Hanis.
Hanis menitipkan kesyukuran pembedahan bapanya berjalan lancar. Bekas pengacara Mad Markets itu mengingatkan kepada warga maya agar tidak bertangguh dan mengikut gerak hati.
Baca juga: Kepala kanak-kanak terhentak di lantai beri implikasi serius. Ini ibu bapa perlu tahu
"The brain surgery went well atas izin ALLAH, thank you to everyone involved.
"Doktor kata kalau lewat sedikit sahaja lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, bernafas dan seterusnya koma kerana otak sudah dimampatkan terlalu banyak darah.
"Saya catatkan di sini sebagai peringatan untuk kita semua jangan tangguh-tangguh kalau hati sudah tergerak.
"Daddy masih tak ingat I bawak dia pi hospital hari tu. Nasib baik kita selfie," kongsinya.
Warga maya menitipkan doa agar bapa Hanis segera pulih daripada pembedahan dan sihat kembali.
- "Allahuakbar. Semoga segalanya dipermudahkan Keknis!
- "Moga diberi kesembuhan dan dipermudah semuanya."
- "Wishing your dad a speedy recovery."
- "Allahuakbar!! I’m so glad you detected in time! Speedy recovery to your Dad."
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang