PELAKON dan usahawan, Wawa Zainal bersyukur dia dan anak-anak bebas daripada jangkitan Covid-19.

 Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Wawa, 30, berkata, ujian calitan yang dilakukan bersama anak-anak pada Khamis memberikan keputusan negatif.

 “Alhamdulillah swab semalam, saya dan anak-anak negatif. Allah masih lindungi, syukur ya Rabb.

 “Cuma kadang-kadang takut, sampai bila kita mampu bertahan daripada Covid ini. Risau sangat.

 “Adik-beradik saya, anak saudara pun ada yang positif. Doakan kesembuhan mereka,” tulisnya.

Iklan

 Terdahulu, suami Wawa yang juga pelakon Aeril Zafrel disahkan positif virus Covid-19 buat kali kedua pada Rabu. Pada Januari lalu, Aeril turut disahkan positif.

Iklan

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, 1.